"Maka isu ini tidak perlu disegerakan," kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri).
Pada 8 Oktober lalu, Lim menghantarusul untuk membahaskan kes dua pengetua di Johor dan Kedah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman dan berbentuk penghinaan kepada pelajar-pelajar mereka pada Ogos lalu.
Pemimpin popular DAP itu dilaporkan berkata usul berkenaan terpaksa dikemukakan kerana selepas 57 hari berlalu, kerajaan didakwa gagal bertindak.
Menurutnya juga, ia merupakan tamparan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membuat gesaan antarabangsa berhubung keganasan, toleransi sifar terhadap perkauman dan polisi 1Malaysia.
Usul berkenaan, katanya dibuat menurut peraturan mesyuarat 18(1) dan dihantar kepada Pandikar meminta Dewan ditangguhkan bagi membolehkan perkara itu dibahaskan.-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan