Buletin Online
KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh (Idris) 'di bedal' oleh seorang blogger yang diyakini kumpulan penyokong Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said (Mad Said). Perjalanan Idris bersama 46 orang penyokongnya ke London diantara 31 Mac hingga 10 April, baru-baru ini telah menjadi asas serangan blogger tersebut terhadap Idris.
2. Dia kini Ketua Bahagian UMNO yang satu-satunya di Terengganu ‘tidak tunduk’ dan ‘tidak akan ‘pernah tunduk kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said’;
3. Dia kini ADUN Jerteh, yang satu-satunya merasakan dirinya lebih tinggi dan lebih mulia daripada Ahmad Said kerana pernah menjadi Menteri Besar dan ‘digulingkan’ bukan oleh parti dan rakyat tetapi oleh istana;
4. Sebagai ADUN, Idris berdendam bukan sahaja kepada Tuanku Mizan kerana menggugurkannya dan juga Ahmad Said kerana exco ketika pentadbirannya kini menggantikannya, sedangkan baginya kalaupun tidak beliau tetapi biarlah orang-orangnya seperti Datuk Rosol Wahid (ADUN Ajil, bekas Exco), Datuk Din Adam (ADUN Bukit Besi, bekas Exco) atau mungkin Alias Abdullah (ADUN Alor Limbat, seorang peguam);
5. Dia semakin merasakan kedudukannya ‘tidak selamat’ kerana banyak faktor. Antaranya, jika digugurkan sebagai calon dia akan kehilangan segala-galanya dalam politik; orang kuatnya, Datuk Dr Ramzi Abdul Rahman (bekas Setiausaha Politiknya, semakin jelas yang menghantar sms Ugut Bunuh di mahkamah) dan akan menjejaskan politiknya jika Dr Ramzi dijatuhi hukuman di mahkamah; dan projek-projek ‘kelas dunianya’ di Terengganu ada yang runtuh, bocor, terbengkalai dan ‘lingkup’;
6. Ramai daripada penyokong kuatnya kini ada yang sudah menyeberang kepada Ahmad Said dan ‘hard core’ seperti Rosol dan Alias (kecuali Din Adam) semakin ‘baik’ dengan Ahmad Said;
7. Kedudukan Ahmad Said yang kembali menerajui UMNO Terengganu sebagai Pengerusi Perhubungan benar-benar mencabar beliau yang sebelum ini begitu seronok ketika dipimpinan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. ‘Dakar Barat Idris Jusoh’ kini sering menyanyikan lagu sumbang
Sehubungan itu, dalam 'posting' keduanya membedal Idris, blogger tersebut mendakwa misi khusus Idris adalah bermatlamat meletakkan semula dirinya dalam arus perdana politik Terengganu.
Menurutnya, Idris mahu menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berbanding Ahli Majlis Tertinggi.kerana bimbang akan digugurkan menjadi calon pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.
"Kenapa tidak? Idris dan orangnya tentunya kini bimbang mereka akan digugurkan!,"kata blogger itu sebagaimana catatannya.
Kecenderungn blogger berkenaan adalah seorang blogger Mad Said kerana terbukti beliau membela Mad Said berbanding tindakan Idris sebelum ini yang disifatkannya sebagai kejam.
"Apakah Ahmad Said sekejam Idris? Apakah Ahmad Said jenis makan kawan? Apakah Ahmad Said jenis zalim seperti Idris?
"Idris ternyata makan kawan dan zalim apabila menggugurkan Datuk Rahman Bakar (Ahli Parlimen Marang), Datuk Rosli Mat Hassan (Ahli Parlimen Dungun), Datuk Tegku Putera Tengku Awang (Ahkli Parlimen Hulu Terengganu) Ahmad Said (ADUN Kijal), menukarkan Datuk Jidin Shafie dari ADUN ke Parlimen dan begitu juga dengan Datuk Nasir Ibraim Fikri dari DUN ke Parlimen,"jelas blogger itu.
Sebenarnya, blogger tersebut berkata, Idris takut dengan bayang-bayang dan ‘dosanya’ sendiri apabila semakin hampir dengan pilihan raya.
Perbalahan ntara pemimpin Umno Terengganu sudh menjadi 'rahsia umum'. Walaupun Naib Presiden Umno, Hishamudin Hussein pernah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu bagi tujuan menyelesaikan perbalahan tersebut, namun gagal.
Akibat perbalahan tersebut projek-projek pembangunan bukan menjadi kepentingan rakyat tetapi menjadi kepentingan kroni dan suku sakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan