"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Cukai Tanah UUM : UMNO Pembohong: Dulu, Kini dan Selamanya

umnopenipu
Berita 19hb April , Menteri Pedidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mengecam kerajaan negeri Kedah yang kononnya menaikkan cukai tanah UUM sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih pemerintahan negeri sehingga pihak universiti terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini. 

Azizan bagaimanapun menafikan dakwaan kenaikan cukai tanah tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah tempoh pemberian rebat kerajaan negeri kepada universiti itu yang telah berakhir."Mengikut perjanjian asal, jumlah perlu dibayar oleh universiti adalah sebanyak RM1.2 juta tetapi pihak universiti hanya perlu bayar RM100 ribu setahun bagi tempoh 2006 hingga 2008 setelah permohonan mereka mendapatkan rebat diluluskan oleh kerajaan. (Petikan dari Harakah Daily)

Begitulah sifat atau perangai UMNO yang beragama Islam Amerika yang berbohong dan mencipta fitnah adalah rukun iman mereka yang pertama dan kedua. Oleh kerana Amerika adalah Nabi mereka, apa yang dipraktikkan di Amerika ke atas ‘Goyim’ (Istilah Yahudi yang bermakna binatang lembu merujuk kepada bangsa bukan Yahudi) juga dipraktikkan oleh UMNO ke atas ‘goyim’ (merujuk kepada layanan seperti binatang lembu oleh UMNO kepada pembangkang terutamanya PAS dan individu Datuk Seri Anwar Ibahim) UMNO akan berbohong, mencipta fitnah, menyerang karakter, sabotaj kewangan dan lain-lainnya. Kelmarin, Menteri Pedidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dilaporkan mengecam kerajaan negeri Kedah yang kononnya menaikkan cukai tanah UUM sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih pemerintahan negeri sehingga pihak universiti terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.Azizan bagaimanapun menafikan dakwaan kenaikan cukai tanah tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah tempoh pemberian rebat kerajaan negeri kepada universiti itu yang telah berakhir pada tahun 2008.

Sifat suka berbohong UMNO ini sudah menjadi darah daging pemimpin dan pengikut setia UMNO. Malah dalam masjid pun mereka menipu dengan mengangkat Al Quran sekalipun. Bermula dari peringkat kampong sehingga peringkat negara, JKKK dan para menteri akan menarikan lidah bercabang mereka untuk menipu seluruh rakyat setiap hari. Lihatlah apa reaksi mereka apabila pihak pembangkang mempertikaikan keperluan menggunakan wang rakyat untuk membina bangunan 100 tingkat (sebagai legasi pemerintahan Najib Razak). Pm dengan selaba sahaja menyatakan kos pembinaan bangunan itu tidak melibatkan wang negara. Kalau benar ia tidak melibatkan wang negara, kenapa kamu masukkan projek itu dalam belanjawan 2010?? Isu yang terakhir ialah langkah PM Najib untuk mewujudkan akaun email bagi setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Dengan selamba sekali lagi beliau menyatakan projek ini akan dilaksanakan oleh pihak swasta. Kalau benar ia adalah projek swasta, apa keperluannya ia diumumkan oleh PM? Apa manfaatnya pada rakyat? Bukankah lebih baik wang RM60 atau RM80 juta itu digunakan untuk membuat rumah rakyat miskin atau membantu sekolah-sekolah agama rakyat yang menyumbang kepada program bina insan negara yang dipelopori oleh keajaan sendiri?

Kita menyedari bahawa apa jua bantahan kita kepada kerajaan samseng BN ini adalah ibarat ‘anjing menyalak bukit”. Hanya satu sahaja jalan penyelesaian untuk mengajar orang samseng yang tidak pernah mahu mendengar nasihat dan pandangan orang – tumbangkan mereka dalam pilihanraya. InsyaAllah.

Tiada ulasan: