"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pentadbiran Muhyiddin 2012 sudah ada dalam Facebook. Najib, sila ketepi!


Wong Choon Mei

Dimanakah letaknya suara rakyat sekarang? Di kedai-kedai kopi ataupun di laman sosial seperti Twitter dan Facebook? Apapun jawapan anda, nampaknya telah ada persefahaman di antara yang tua dan muda bahawa Muhyiddin Yassin akan mengambil alih tempat boss nombor satu, Najib Tun Razak!


Mungkin ia suatu gurauan untuk menakut-nakutkan PM dan isterinya Rosmah Mansor, tetapi “Kabinet Muhyiddin” telah pun mempunyai lama facebook sendiri.

Dalam laman yang bertajuk “Pentadbiran Muhyiddin 2012”, Hishamuddin Hussein, sepupu Najib dinamakan sebagai timbalannya.
Apa yang menarik adalah Mukhriz Mahathir pula diangkat sebagai Menteri Kewangan II, dengan Portfolio utama dipegang oleh NAjib sendiri

Sebelum menganalisa senarai itu, kita harus sedari bahawa apa jua keputusan pemilihan Presiden UMNO, sesiapa pun yang menang tidak semestinya menjadi PM sekiranya Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim memenangi Pilihanraya Umum yang akan datang.

Perhimpunan Agung UMNO telah ditetapkan pada awal Disember setiap tahun, tetapi pemilihan parti kemungkinan akan diadakan pada 2012.

Pergi Jalanlah!

Senarai nama itu mengandungi campuran antara muka baru dan lama. Antara yang hangat ialah Ibrahim Ali, ketua Perkasa turut disenaraikan, begitu juga Khairy Jamaluddin dan Presiden MCA Chua Soi Lek. Nampaknya silaplah Wong Chin Huat, seorang penganalisis politik yang meramalkan bahawa kerjaya politik Ibrahim Ali akan berakhir.

Chin Huat yakin bahawa Ibrahim akan kalah kerusi Pasir Mas kerana menjadi bahan tawa rakyat apabila beliau dengan berani membuat kenyataan bahawa beliau akan menyekang Perhimpuanan Bersih 2.0 tetapi tidak nampak batang hidung pun pada hari tersebut.

“Siapa dia? Bagaimana dia tahu saya akan kalah? Pergi jalanlah! “ Ibrahim dipetik oleh Malaysiakini sebagai bertindak balas terhadap ramalan Chin Huat.

Sekarang barulah rakyat tahu kenapa Ibrahim Ali begitu yakin akan kemenangan beliau kerana beliau sudah ada sesuatu yang dijanjikan kepadanya.

Tawar-menawar besar-besaran

Pentadbiran Muhyiddin 2012 tidak menyenaraikan Presiden MIC, G Palanivel tetapi Subramaniam pula mendapat portfolio Menteri Kerjaraya. Yang lain nya adalah orang-orang kuat BN seperti Nazri Aziz, Jamil Bahrom, Khaled Nordin, Mustapa Mohamed, Rais Yatim, Ng Yen Yen and Liow Tiong Lai

Antara muka-muka yang sukar diterima adalah bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, pengadu liwat Saiful Bukhari Azlan, Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay; trio vedio seks Datuk T.

Walaupun mungkin ia suatu bahan gurauan, buang sahaja muka-muka yang pelik itu, dan kemungkinan senarai kabinet Muhyiddin adalah sesuatu yang benar. Ia menggambarkan cakap-cakap dikalangan rakyat dan antara ahli-ahli politik UMNO sendiri.

Untuk mengetahui kebenaran “Pentadbiran Muhyiddin 2012”-tanpa wajah-wajah pelik itu, kita terpaksa menunggu PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada Oktober/November. Beberapa orang pemimpin Pakatan percaya bahawa Najib telah Berjaya meyakinkan bekas PM Mahathir Mohamad untuk bersetuju dengan tarikh akhir tahun 2012 itu. Ada juga yang percaya bahawa perjanjian MAS-AirAsia sebenarnya adalah sebahagian daripada tawar-menawar ini. 
-Malaysia Chronicle-

Tiada ulasan: