"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN akan menang besar PRU 13?

Sofi Wahab

BN diyakini akan menang besar pada Pilihanraya Umum akan datang seandainya semua pilihanraya umum diadakan selepas Pemilih yang didaftarkan pada suku kedua 2011 ( April - Jun) disahkan. Ini kerana jika daftar pemilih itu diluluskan ditambah dengan pendaftaran pemilih selepas PRU 12 begitu banyak penyelewengan dan penipuan telah dibuat bagi memberikan kelebihan kepada BN.

Memang tidak syak lagi BN akan menang besar dengan dakwaan dan alasan di bawah :-

1) Ratusan ribu warga asing didaftarkan sebagai pemilih ( Telah dibuktikan sejak akhir-akhir ini).

2) Puluhan ribu pengundi yang didaftarkan lebih dari dua tempat mengundi (Telah dibuktikan)

3) Pengundi Pos iaitu Tentera dan Polis didaftarkan juga sebagai pengundi awam.(Telah dibuktikan)

4) Ribuan pengundi yang meninggal dunia masih ada namanya dalam daftar pemilih, dan 'hantu-hantu' yang memegang kad pengenalan sah atas nama pengundi yang meninggal akan datang mengundi ( Telah lama berlaku)

5) Rasuah dan ugutan politik terhadap pengundi (Telah lama berlaku)

6) Monopoli media dan fitnah media yang bergentayangan tanpa rasa takut dan malu (Telah lama berlaku)

dan banyak faktor lain ................
BN akan menang besar PRU 13? 

1 ulasan:

hyhhh berkata...

adoi...kalau BN menang...alamatnya tak bahagia2 lagi la dok kat Malaysia nie...

Entri Menarik Di Sini:
1)Menarik!! Gambar Rusuhan Di UK Apabila Diphotoshopkan..
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
1