Iqbal
Nampaknya para pemimpin umno cukup seronok bila ada isu yang di sensasikan. Yang mensensasikan sesuatu isu tentunya akhbar-akbar milik umno dan stesen tv ( kesemuanya dikawal oleh mereka)...
Berita atau cerita yang kecil sengaja diperbesar-besarkan. Diletakkan di muka surat depan akhbar. Namun dalam keghairahan mereka mensensasi dan memutar belitkan berita dan cerita, tanpa mereka sedari perbuatan itu mendedahkan kepada umum akan kebodohan sipemberita itu.
Agaknya editor-editor akhbar milik umno masih beranggapan bahwa orang melayu tahap pemikiran mereka masih ditahap zaman Pak Pandir. Lalu mereka paparkan berita ikut sedap hati.
Modal terbaru umno ialah isu larangan baca AlQuran dengan menggunakan pembesar suara. Untuk menampakkan impak kepada tajuk berita serta beritanya si editor mempaparkar gambar besar seorang berpakaian ala ulamak. (mungkin agaknya ketua cawangan umno yang di dress kan sebegitu rupa). Isu yang digembar gemburkan ialah larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang. Untuk memanaskan lagi berita, si Zahid selaku ketua perhubungan umno Pulau Pinang pun mengulas mengikut kepala lutunya itu dan ini. Hujung kenyataan nya ialah INI ADALAH ARAHAN KERAJAAN NEGERI. Maknanya kehendak DAP. Maknanya Zahid tidak mahu percaya bahwa larangan itu adalah keputusan Pejabat mufti setelah bermesyuarat dengan pakar agama.
Zahid dah pun tunaikan haji. Saya sendiri sudah menunaikan haji. Semasa di Madinah saya berdiri diluar pintu Masjid Nabawi sebelum waktu subuh, menunggu pintu masjid dibuka. Sebaik saja pintu dibuka jemaah berpusu-pusu masuk untuk merebut tempat mustajab. Dua jam sebelum azan pertama dikemundangkan tidak ada pun bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang dibaca melalui pembesar suara. Itu tempat dimana 100% penduduknya Islam. Apakah Zahid solat subuh disana dalam keadaan masbok ?
Begitu juga di Mekah. Maktab saya yang paling hampir dengan Masjidil Haram. Tidak ada pun kedengaran bacaan Al Quran sebelum masuk waktu subuh dengan menggunakan pembesar suara.
Maknanya di Malaysia amalan yang tidak dibuat oleh Nabi Muhammad Islam pandai2 diadakan oleh AJK Masjid dan Surau. Keindahan Islam sebagai agama yang toleransi kepada masyarakat lain musnah disebabkan kebodohan ini. Yang anehnya bukannya bacaan itu dibaca secara life. Hanya kaset. Waktu itu mungkin ada 2 atau 3 orang di masjid. Pasang kaset mereka pun duduk bersembang.
Oleh kerana yang menjadi imam dimasjid-masjid kampung dan pinggir bandar hanyalah mereka yang boleh membaca Al Quran dan kefahaman yang mendalam dalam Islam tidak termasuk dalam pemilihan jadi imam maka tidak hairanlah perkara yang dilarang mereka lakukan. Pergilah kemana-mana masjid. Pasti si imam berzikir dan bertasbih menggunakan pembesar suara biarpun yang ada bersamanya hanyalah 4-5 orang jemaah saja. Kita yang singgah menunaikan solat (maghrib atau Isyak) sebaik saja selesai solat secara berjemaah itu , pasti terganggu bacaan kita kerana dek pembesar suara itu.
Inilah bahananya bila si jahil diangkat menjadi ketua di masjid.
-tko-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan