"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas juruterbang MAS cadang orang solleh dipanggil

PETALING JAYA: Bekas juruterbang MAS, Kapten Noruden Abdul Majid (gambar) mencadangkan supaya orang solleh dipanggil untuk mengesan kapal terbang MAS, MH370 yang hilang pada pagi 8 Mac lalu.
Katanya, apabila sains sudah berakhir, kuasa Allah yang ambil alih.

“Panggil mereka supaya mereka berdoa kepada Allah. Allah yang dapat mengembalikan kapal terbang yang hilang itu kerana teknologi yang secanggih mana pun tidak dapat mengatasi kuasa Allah,” katanya dalam Berita TV3 malam tadi.

Beliau yang pernah menerbangkan Boeing 777 berkata, kapal terbang hilang di angkasa merupakan satu fonemena yang biasa.

Sehubungan dengan itu beliau berpendapat orang yang solleh wajar dipanggil untuk membantu mencari kapalterbang yang hilang ini.

“Mereka ini rapat dengan Allah. Allah sudah tentu akan memakbulkan doa mereka,” katanya.

Hari ini masuk hari keempat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dan tidak dapat dikesan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata sehingga malam tadi, sudah tiga hari pihak penyelamat tidak dapat mencari kesan kapal terbang tersebut.
-freemalaysiatoday-

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Pemimpin melayu umno langsung tak pandang para alim ulama khususnya orang2 lama yang masih setia berzuhud kerana Allah. Nak rujuk ke, nak minta pandangan ke bahkan nak meraikan mereka jauh sekali.
Anak2 dahulukan mak bapa hidup diberkati. Pemimpin kalau benar Islam, rujuk dan berkawanlah dengan orang alim. Orang alim bukan berpandu ijazah.