"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wan Azizah ganti Anwar di Kajang, Zaid Ibrahim umum tarik diri dari bertanding

PKR hari ini mengumumkan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon baru untuk pilihan raya kecil Kajang.

Wan Azizah dipilih bagi menggantinya ketua umum, yang juga suaminya, yang hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara ekoran pertuduhan meliwat.

Keputusan itu diumumkan Anwar sendiri dalam sidang media di Kajang hari ini.

Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan penangguhan hukuman kepada Anwar dengan jaminan RM10,000.

Sementara itu, Wan Azizah berkata, beliau berterima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan padanya.

"Ini sesuai dengan hari wanita sedunia untuk saya bawa suara rakyat," katanya.
-malaysiakini-

Zaid tarik diri
Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang selepas selepas PKR menggantikan calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail hari ini.

Katanya, oleh kerana Anwar tidak lagi layak bertanding kerana kalah dalam kes tuduhan liwat terhadapnya, kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kini terjamin dan kerajaan negeri akan kembali stabil.

“Saya dengan itu berasa tidak perlu lagi pergi lebih jauh dalam isu ini dan menarik balik pencalonan saya untuk pilihan raya kecil Kajang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bulan lalu, Zaid mengumumkan hasratnya bertanding bagi atas alasan mencegah Anwar menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

Anwar sebagai ketua umum PKR hari ini mengumumkan Wan Azizah, presiden parti, bagi bertanding menggantikannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Tiada ulasan: