Zabidi Saidi
Dapatkah pengundi Kajang menerima Dr Wan Azizah yang berimej ibu yang sabar? Atau adakah mereka lebih menyenangi imej andartu Chew Mei Fun?
Wan AzizahDalam rencana saya “Dari PM turun pangkat ke MB pula?” dalam FMT 28 Janurai 2014, saya menulis di paragraf akhir seperti berikut: “Sama-samalah kita tunggu apabila Anwar menang nanti dalam PRK Kajang, beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor atau tidak. Atau adakah Anwar akan mencatat sejarah sebagai orang luar yang pertama yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor? Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.”
Seperti mana saya tulis, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk bertanding dalam PRK Kajang hari ini tetapi Allah yang menentukan bahawa isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang jadi calon PKR. Begitulah kehendak Tuhan.
PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara dua wanita yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan bahawa Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon BN manakala Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili parti itu.
Pengumuman itu dibuat pada 10.10 pagi ini selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
Chew, 50, yang merupakan bekas timbalan menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat pada 2009 menyerahkan kertas penamaan pada jam 9.07 pagi, manakala Wan Azizah, 61, berbuat demikian pada 9.10 pagi.
PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR pada 27 Januari lalu.
Pengunduran Lee, membuka jalan pada mulanya bagi Penasihat PKR Anwar Ibrahim untuk bertanding bagi pilihan raya kecil ini, dengan PKR mengumumkan keesokan harinya untuk meletakkan Anwar sebagai calon parti itu.
Anwar bagaimanapun terpaksa membatalkan rancangannya berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kira-kira enam tahun lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei tahun lalu, Lee memperoleh majoriti 6,824 undi pada pertandingan enam penjuru di Kajang melibatkan calon BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 39,278 pemilih berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Kajang, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.
Jumlah keseluruhan pengundi itu terdiri daripada Melayu (48 peratus), Cina (40 peratus) dan India (10 peratus). Lima puluh peratus daripada jumlah pengundi adalah wanita.
Sebanyak 18 pusat mengundi akan dibuka, iaitu tiga pusat mengundi bagi undi awal pada 19 Mac ini, manakala 15 lagi pusat mengundi pada hari pengundian biasa iaitu 23 Mac.
Yang peliknya tidak ada orang lelaki yang menawarkan diri sebagai calon dalam PRK Kajang ini. Bekas Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim tidak jadi bertanding sebagai calon Bebas kerana Anwar tak layak bertanding. Begitu juga calon Bebas, Herman Tino yang berhasrat mahu bertanding tak muncul juga di hari penamaan calon.
Nampaknya dengan keputusan mahkamah Jumaat lalu, BN berjaya menyekat Anwar daripada bertanding dalam PRK Kajang. Cita-cita Anwar mahu jadi Menteri Besar Selangor berkecai. Adakah dengan hukuman terhadap Anwar, Dr Wan Azizah akan menang dengan majoriti melebihi 6,824 undi apa yang dipungut oleh calon PKR pada tahun lepas?
BN yang menganggap PRK Kajang sebagai membazir tetap menurunkan calon dari MCA kerana BN tidak mahu PKR menang tanpa bertanding. Namun demikian ramai yang percaya PKR akan menang mudah di Kajang. Soalnya mampukah PKR mendapat majoriti yang lebih besar dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap Anwar?
Jika majoriti besar, ini bermakna sedikit sebanyak hukuman terhadap Anwar memberi kesan kepada para pengundi Kajang. Jika Dr Wan Azizah menang dengan majoriti yang kecil, ia mungkin berpunca dengan kesungguhan jentera BN berkempen terutamanya di kawasan orang Melayu yang rata-rata menyokong Umno.
PKR dijangka mendapat undi yang banyak di kawasan Cina dan India manakala di kawasan Melayu dengan bantuan PAS, PKR akan dapat undi yang terbahagi dua, kepada calon BN dan calon PKR.
Dapatkah pengundi Kajang menerima Dr Wan Azizah yang berimej ibu yang sabar? Atau adakah mereka lebih menyenangi imej andartu Chew Mei Fun?
Apabila Dr Wan Azizah menang nanti, adakah beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor? Ini yang kita tunggu sama ada Langkah Kajang akan diteruskan oleh Anwar Ibrahim atau tidak.
1 ulasan:
blog ini takpun mengulas betapa tak senonohnya adun letak jawatan tanpa sebab munasabah untuk memberi laluan kepada orang lain menjadi adun. walaupun peraturan spr membenarkan, tetapi ianya adalah sangat tidak senonoh. baru 9 bulan menjadi adun (ingat bagaimana kempen pru13 dulu berkaitan janji2 manis), tiba2 ambil keputusan berhenti menjadi adun kerana tok ketua suruh berhenti, heh! sepatutnya admin boleh fikir sendiri bahawa keputusan mengosongkan dun kajang semata-mata memberi laluan anwar menjadi mb selangor adalah satu bentuk pengkhianatan kepada pengundi kajang. tak terfikir pulak berapa kos spr kena tanggung? kalau selama ini pakatan begitu bising dan hingar bingar mendakwa bn kaki membazir (aku tak nafipun, memang ye), kenapa pkr ikut perangai membazir bn tersebut? cakap tak serupa bikin. bn makan taik, pakatan juga teringin makan taik juga, sedap barangkali, heh! wan azizah digambarkan sebagai calon penuh sifat keibuan (admin lupa kot, calon ini pernah buat parlimen permatang pauh kosong untuk membolehkan tok lakinya menjadi mp) sementara calon bn digambarkan sebagai andartu!!! hahahaha, dalam hati ada berketul najis yg sangat busuk!! sambil cerita soal andartu ke, anak luar nikah ke, keturunan bangsawan dsb cerita la juga pasal kroni. kenapa wan azizah, bukan rafizi atau s. nasution? barula rating blog ni naik mencanak!!!
Catat Ulasan