PETALING JAYA: Gara-gara berang nenek yang baru meninggal dunia jadi bahan ejekan, seorang remaja menemui ajal selepas dibelasah enam lelaki termasuk empat beranak dalam satu pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Apartmen Permai, Jalan Tropicana Selatan, Damansara Damai di sini Khamis lalu.
Mangsa, Mohd. Farhan Osmera, 18, yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya berhampiran rumahnya menghembus nafas terakhir pada pukul 9.30 pagi kelmarin di wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat cedera parah pada kepala selepas ditumbuk dan dibelasah enam lelaki tersebut.
Difahamkan, sebelum kejadian pada pukul 11 malam itu, mangsa bersama beberapa orang rakannya yang lain berada di gelanggang itu untuk bermain futsal sebelum salah seorang suspek berusia 14 tahun mencetuskan provokasi dengan menyindir dan mengejek mangsa berhubung kematian neneknya dua minggu yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan