"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Utusan kena lagi

Utusan Malaysia diarahkan membayar RM250,000 selepas didapati bersalah memfitnah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dalam artikel yang memetik “Father Augustus Chen”.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menetapkan bayaran kos RM25,000 kepada anggota parlimen Gelang Patah itu.

“Hore untuk (peguam) Gobind Singh Deo atas kejayaan hebat menentang politik pembohongan,” tulis Lim di Twitter.

Lim sebelum ini memfailkan saman berhubung satu rencana bertarikh di Utusanbertarikh 18 Ogos 2013 bertajuk "Kit Siang manipulasi CEC?".

Rencana yang memetik sumber bernama Father Augustus Chen mendakwa Lim memanipulasi kehadiran perwakilan serta pengiraan undi pada kongres parti Disember tahun lalu bagi memastikan kedudukannya 'selamat
-malaysiakini-

Tiada ulasan: