KUALA LUMPUR: Kurang 24 jam kerajaan PAS Kelantan meluluskan rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 11 1993 (Pindaan 2015) iaitu hudud, laman sosial Facebook (FB) digemparkan dengan satu klip video yang disifatkan menghina Islam dan pelaksanaan hukum tersebut.
Klip video berdurasi 1 minit 55 saat itu dilakonkan seorang ‘ustazah’ iaitu gadis Melayu yang dilihat mempersoalkan pelaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan.
Klip video yang dimuat naik di laman sosial Facebook, Kelantan Story & Jj Stall Story sehingga kini ditonton lebih 228,000 orang dan dikongsi sebanyak 14,231.
Berdasarkan klip video yang di muat naik sebagai ‘BFM Kupas – Projek Diolog’, gadis tersebut dikenali sebagai Aisyah.
Menerusi ‘lakonannya’ itu, Aisyah dengan sinis menyatakan akhirnya mimpi PAS untuk melaksanakan hukum hudud telah berjaya.
Malah, dia sebagai seorang yang bukan berasal dari Kelantan melahirkan perasaan bimbang terhadap pelaksanaannya kononnya terlalu banyak pindaan yang dibuat.
“Banyak pula pindaan dia. Pastu boleh pulak MB Kelantan panggil orang yang kritik hudud ni tak beriman…Eh awak nie… tak beriman lah..,” kata Aisyah dipetik dari klip video berkenaan.
Tidak berhenti disitu, gadis tersebut turut melontarkan pertanyaan kepada kerajaan Kelantan berkenaan nasib mangsa-mangsa banjir yang disifatnya perlu lebih diberi perhatian berbanding hukum hudud.
“Agama digunakan untuk mengaburi mata rakyat dari isu yang penting macam ekonomi, pentadbiran.
“Sama la macam isu negara ni. Orang gaduh pasal bangsa, agama tapi ekonomi negara merosot, pastu hutang kita meningkat. Bila dah sampai masanya tak tahu lah kalau hudud tu boleh isi periuk nasi kita,” ujarnya lagi.
Lebih menarik, apabila pada minit 1:33, gadis itu dilihat membuka satu bungkusan yang dikatakannya ada nasi lemak.
Namun, apabila dibuka bungkusan itu, nasi lemak tersebut tiada dan dia berkata: “… eh tak pe la, hudud kan ada”.
Susulan itu, rata-rata pengguna lama sosial mengecam tindakan gadis berkenaan dengan menyifatkan perbuatannya sebagai biadap dan menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya, lapor Malaysian Digest.
1 ulasan:
sial nya nasib mak bapak bila ada anak2 yg mcm ni
Catat Ulasan