"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas pensyarah UTM. sokong anaknya yang hina hudud, lunyai dikerjakan di media social

Bapa sedih Aisyah diancam 'bakar, rogol'
Insiden terbaru tentang pembaca berita BFM diancam bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup oleh mereka yang saya anggap sebagai warga maya Melayu-Islam menimbulkan persoalan yang serius bagi negara ini. Adakah negara ini selamat untuk dihuni oleh anak-anak kita?

Sekiranya membangkitkan pandangan yang mudah terhadap isu seperti hudud atau isu seperti demokrasi dan pilihan raya yang bersih, boleh mencetuskan ancaman bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup, maka apa maksudnya terhadap negara kita, rakyat dan kepimpinan kita? Di mana budaya ini datang?

Saya perhatikan bahawa mereka yang membuat ancaman seperti ini datang dari kebanyakannya orang Melayu yang saya anggap adalah Muslim. Di manakah kita, sebagai sebuah negara, telah melakukan kesilapan dalam mendidik orang Melayu ini? Apa yang kita ajar di sekolah menengah kita?

Lebih penting lagi adakah universiti awam kita menghasilkan mereka dengan budaya seperti itu? Saya secara jujur berharap mereka yang membuat ancaman itu tidak pernah menjejakkan kaki di universiti awam kita kerana jika tidak, saya ingin bertanya para naib canselor, jenis rakyat Melayu Malaysia apakah yang anda hasilkan?

Ya, mereka boleh diterima sebagai jurutera dan arkitek tetapi mereka hampir tidak boleh diterima sebagai warganegara Malaysia, atau orang Islam atau lebih teruk lagi, sebagai manusia dengan hati nurani yang berperikemanusiaan? Apa sudah jadi?

Saya ke masjid dan mendengar ribuan ceramah di YouTube oleh mereka yang dipanggil ustaz ternama dan saya tahu bahawa pemahaman mereka tentang Islam menjadi penyumbang utama kepada jenis-jenis komen yang dibuat oleh warga muda maya ini.

Walaupun saya berasa marah kepada warga maya yang telah membuat ancaman seperti itu, seolah-olah filem 'Terminator' yang memberondong orang dengan mesingan besar, tetapi saya bersedia memaafkan mereka kerana saya tahu masyarakat telah mewujudkan budaya tersebut.

Ketika Nabi Muhammad berdepan dengan penindasan terhadap orang muda dari Taif sehingga tubuhnya berlumuran darah, beliau berdiri di depan malaikat Jibril dengan tentera dari syurga yang bersedia untuk menghapuskan penduduk Taif, beliau berkata, "Tidak, jangan apa-apakan orang-orang ini kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan".

Mungkin generasi akan datang boleh terima mesej saya jika orang-orang ini tidak boleh menerimanya pada masa ini.

Rasulullah berhati mulia untuk mengampuni orang-orang ini kerana beliau tahu mereka yang melemparkan batu adalah remaja dan anak muda yang dipengaruhi oleh golongan tua mereka.

Saya takut, ulama kita mungkin mengajar jenama Islam yang amat jauh daripada contoh teladan mulia Rasulullah sendiri.

Dengan kejadian ini, saya bertanya sekali lagi kepada rakyat Malaysia... selamatkah kita untuk membesarkan anak-anak kita di negara ini? Jika tidak, perlukah kita mula mencari tempat lain dan mewujudkan tempat yang lebih selamat untuk membolehkan anak-anak kita mempunyai masa depan?

Saya menulis semua ini dengan hati yang berat. Saya menulis kata-kata ini sebagai warga Malaysia yang prihatin dan sebagai orang Islam demi semua anak-anak kita. Dan akhirnya, saya menulis semua ini sebagai bapa kepada Aisyah Mohd Tajuddin, gadis BFM itu.


Prof Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi adalah bekas pensyarah UTM.




  • Zaimee Mn · Sekolah Menengah Kebangsaan Derma
    saya juga mempersoalkan anda bekas profesor, apakah sumbangan anda mendidik anak bangsa sehinggakan anak anda bersikap sebegitu, saya juga berharap anak anda tidak pernah jejak kaki ke universiti, sebab pelajar universiti yang ada sekarang lebih bijak dan bagus dari anak anda walaupun bapa mereka bukan profesor atau engineer.

    • Rehan Hazizza ·  ·  Top Commenter · Sekolah swasta · 163 followers
      Ini kes bapak borek anak rintik !
      Prof UTM???? hehehe

    • Ariff Sobri ·  Top Commenter
      Betul ! Nasib baik ko "bekas pensyarah" bukan lg pensyarah. Mcm ni ke ko didik anak ko, sewenangnya jadi alat menghina hukum Allah? Lepas tu ko nak salahkan pulak "ribuan ceramah ulamak2 malaysia" utk pertahan kebatilan tindakan anak ko yg kurang ajar tu ?? No wonder anak ko pun mcm ko jugak. Spesies h@r@m j@d-h... Boleh pulak ko salahkan ulama ? Bangsat sungguh ko ni professor kangkung !

    • Muhammad Danial ·  Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
      Muka Professor kangkung ni x de nur langsung sama mcm muka anaknya. Boleh pulak guna sirah rasul utk salahkan org yg marahkan anak dia yg menghina hukum Allah yg dibawa rasulullah... Licik betul kepala otak kau kan professor. Dr ko kecewa dgn jutaan warga maya lebih baik ko kecewa dgn diri ko sendiri yg gagal didik anak. Kegagalan ko sebagai bapak ni dah sampai ke tahap paling memalu dan memualkan. Moga ko sedar sbg org tua yg sikit ari lg nk masuk kubur. Kalau anak ko x berubah, dgn ko sekali akan kena rembat dgn mungkar nakir dlm kubur esok. Faham x professor ?

  • Mohd Rosdi Ismail ·  Top Commenter · Universiti Malaya
    Anak kamu biadap dengan HUKUM ALLAH ok pulak ... bila ugut sikit, mula guna gula-gula bahasa akdemik .. kamu ingat Universiti itu tempat mulia sangat untuk mendidik manusia .. tempat paling mulia iaiah rumah Allah

  • Abu Bakar ·  Top Commenter · Works at Kumpulan Jebco (M) Sdn Bhd
    Spatutnya bapa minta maaf atas knyataan anak dia yg jahil ilmu tu utk tdak celupar ckp mngenai hukum hudup...
    Ni mcm seolah2 bela anak pula...
    ckp la..nnti sya akn tegur ank saya spaya jgn ckp lebih krang ttng islam..

    • Ahli Teologi ·  Top Commenter
      aku x paham kenapa org x takut dgn tuhan

  • Ismail Noh
    Bab agama jangan dipersendakan........

    • Udang Kara ·  Top Commenter · University of Malaya
      Tajuddin profesor kangkong
      Seorang berjaya mendidik ribuan ank bangsa supaya menjadi berilmu, pandai dalam bidang masing tetapi bodoh pada diri dan keluaga kerana gagal mentarbiah ank menjadi seorang beriman, kerana profesor menganggap ilmu habuan untuk dunia adalah segalanya.
      Haiwan berjaya mendidik anknya supsya mengikut lumrah dan tabienya tetapi gagal mendidik ank spya mengikut acuan sbagai manusia mlyu islam olh itu martabatnya lbh rendah drp.....

      • Satu Dua ·  Top Commenter
        Bila tersepit, bawa kisah nabi untuk dapat simpati. Kalau kasihkan nabi, didikan agama kepada anak mesti lengkap, dah jauh sekali akan mempersendakan agama dalam apa bentuk sekali pun.

      • Ahli Teologi ·  Top Commenter
        Satu Dua.. hina hukum tuhan cerah masa depan kita

    1 ulasan:

    Unknown berkata...

    Patutlah anaknya memiliki ciri-ciri tidak peka kepada agama, bapanya pun sama. Kenapa tidak dididik anak itu dengan sempurna, supaya tahu batas hukum? Apakah agama islam yang dianuti ramai ini boleh dihina begitu saja? Apakah Al-Quran kamu berbeza dengan Al-Quran kami? Jika ada rasa tidak senang dengan hudud sekalipun, adalah lebih baik berdiam diri dan bolehlah dikategorikan sebagai jahil agama bukan menentang agama. Tetapi jika hendak menunjukkan sikap berkonfrantasi kepada hukum hudud, maka tentulah sanggup menerima serangan pihak yang ditentang itu. Professor jenis apakah ini?