Adakah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - pergi ke Amerika Syarikat Disember lepas untuk menyelia kerja-kerja menaik taraf jet eksekutif baru kerajaan, Airbus ACJ320?
Ini adalah soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pandan yang juga setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Rafizi menegaskan bahawa jet eksekutif kerajaan sekarang, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, telah singgah di Indianapolis selama enam hari selepas PM pulang lebih awal ke Malaysia untuk meninjau bencana banjir.
Bencana banjir itu telah memaksa PM memendek percutian di Hawaii akhir tahun lalu. Najib terbang ke Hawaii untuk bercuti bersama keluarga menggunakan jet eksekutif itu tetapi tanpa Najib, jet itu kemudian ke Indianapolis dan singgah di beberapa lokasi di seluruh dunia sebelum kembali ke Malaysia, kata Rafizi.
Rafizi berkata terdapat "kemungkinan besar" orang yang menaiki 9M-NAA tanpa Najib, telah ke Indianapolis untuk menyelia kerja menaik taraf jet baru itu di premis Comlux Aviation, pemilik sebelumnya Airbus ACJ320.
Katanya, tidak boleh ada alasan bahawa jet sekarang, 9M-NAA, singgah di Indianapolis untuk dinaik taraf kerana kerja-kerja menaik taraf untuk sesebuah jet mengambil masa tiga hingga empat bulan.
Spekulasinya, tegas Rafizi, ialah Rosmah adalah orang yang berada dalam 9M-NAA dan bahawa beliau ke Indianapolis dan menginap di sana selama enam hari untuk menyelia kerja-kerja menaik taraf dan pembaharuan.
Rafizi juga menjelaskan bahawa perjanjian sewa beli untuk jet baru Airbus ACJ320 ditandatangani pada 1 Disember, yang bermakna, ia telah ditauliahkan pada masa Najib dan keluarganya ke Hawaii di mana fotonya bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, telah dirakamkan
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan