"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kisah ‘Perang palsu’ Obama hadapi IS

PROF MICHEL CHOSSUDOVSKY
SEJAK bulan Ogos 2014, Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat yang mendapat sokongan padu sembilan belas negara bersekutunya, telah melancarkan kempen untuk menyerang sasaran mereka di beberapa wilayah yang dikenal pasti menjadi kubu kuat kumpulan Negara Islam (IS).
Demikian menurut Defense News dalam laporannya pada 19 Januari 2015 melaporkan bahawa lebih dari 16,000 serangan udara telah dilancarkan sejak Ogos tahun lalu hingga pertengahan Januari lalu. Di mana kira-kira emam puluh peratus serangan dilakukan oleh Tentera Udara Amerika menggunakan jet tempur serta peralatan pengeboman yang paling canggih.

Serangan udara yang dilancarkan itu dianggap sebagai tidak bersungguh iaitu bukan secara habishabisan terutama di dua buah negara iaitu Syria dan Iraq.
Walau bagaimanapun dakwaan dari Washington bukan serangan habishabisa, namun ia telah mengorbankan kematian orang awam yang tidak terhitung jumlahnya seperti yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana di Amerika. Ia seperti mana yang didakwa oleh pegawai tertinggi di Pentagon, Max Boot yang menegaskan bahawa ia adalah strategi Presiden Barrack Obama yang mengarahkan pelancaran serangan tetapi tidak dianggap serius.

Umum mengetahui, bahawa IS adalah tajaan Amerika dan sekutunya, IS dianggap telah mengancam peradaban Barat, justeru, IS menjadi sasaran adalah hanya gimik semata-mata, yang menjadi sasaran sebenarnya adalah orang awam dalam kalangan umat Islam yang perlu dikorbankan agar bilangan mereka semakin berkurangan dan mudah bagi militan pro Amerika bangkit untuk bertindak pada bila-bila masa.

Tegas Max Boot lagi, kononnya Pentagon sanggup untuk mengirim sebanyak mungkin bantuan ketenteraan bersama peralatan peperangan adalah di bawah pengetahuan Presiden Obama yang sama-sama prihatin terhadap keselematan dan keamanan negara bergolak itu kononnya bagi memastikan keselamatan orang awam yang perlu dibantu.

Dalam serangan yang dilancarkan oleh Angkatan Tentera Udara Amerika itu, mereka telah menggunakan F-16 Fighting Falcon, F-15E Strike Eagle, dan A-10 Warthog. Termasuk juga pesawat produksi Lockheed Martin, F-22 Raptor, yang mampu melakukan tektik tangkis serangan dari pihak musuh.

Pertanyaan buat kita selaku pemerhati Persoalan yang perlu dilontarkan kepada umum dalam isu serangan Angkatan Tentera Udara Amerika, mengapa mereka masih belum mampu untuk menghapus IS yang hanya memiliki senjata ringan konvensional serta kenderaan pickup Toyota sahaja?

Ini kerana sejak dari kempen yang dilancarkan kononnya untuk menghapuskan IS ternyata ia tidak dilakukan secara serius atau bersungguh, kerana IS bukan sasaran sebenar, akan tetapi sebaliknya dalam kalangan orang awam khususnya yang beragama Islam. Dan yang lebih ketara ialah untuk menghapuskan infrastruktur ekonomi Iraq dan Syria.

Kaum Muslimin khususnya diseru untuk melihat perancangan jahat Amerika dengan mata hati Dengan apa yang telah saya sebutkan di atas, secara peribadi saya menyeru kepada semua terutama kaum muslimin khususnya agar dapat membuka mata sebesar-besarnya dengan melihat dengan mendalam bagaimana pejuang IS hanya berkonvoi menggunakan pickup Toyota untuk menyeberangi masuk Iraq dengan terpaksa merentasi gurun terbuka sepanjang 200 kilometer, ia satu tindakan berani kerana terdedah kepada serangan udara tentera Amerika dan sekutunya, namun ia adalah satu teori drama yang sungguh mengagumkan.

Konvoi IS memasuki Iraq sejak Jun 2014 Apa yang akan diperlukan dari sudut pandang militer untuk menghancurkan konvoi ISIS –yang secara efektif tidak memiliki kemampuan pertahanan anti-pesawat?

Untuk hal ini kita cukup menggunakan akal sehat saja, tanpa memerlukan pemikiran strategi militer secara mendalam. Jadi apa yang perlu kamu lihat, adalah satu taktik penipuan dilakukan antara Amerika dan pejuang IS yang dirancang dengan begitu teliti. Ini kerana jika pejuang IS hanya menggunakan pickup Toyota di tempat yang agak terbuka dengan laluan sepanjang 2000 kilometer, bagaimana mereka mampu untuk bertahan dari jet-jet pejuang Amerika dan bagaikan tidak diserang?

Justeru, kita perlu melihatnya dengan akal yang sihat, ia adalah satu lakonan menarik yang ditonjolkan oleh pejuang IS yang telah diarah oleh Amerika, sementara Washington pula beriaia dalam laporannya melancarkan serangan udara ke atas pejuang IS, tetapi sebenarnya adalah orang awam dalam kalangan umat Islam.

Jika benar Angkatan Tentera Amerika dan sekutunya mahu menghancur dan menghapuskan para pejuang IS, maka mereka boleh lakukan dengan melancarkan bom ‘karpet’ sekali gus mampu melenyapkan kesemua pejuang IS yang sedang berkonvoi melintasi padang pasir dari Syria ke Iraq sejak Jun 2014 lagi. Tetapi apa yang pasti, tiada satu pun media yang melaporkan perkara itu seolah-olah ia satu perancangan sulit dirancang oleh pihak berkenaan.

Ini kerana dari logik akal dan perhitungan kita jika benar, pejuang IS boleh dianggap sebagai makanan yang telah tersedia dalam sebuah dulang/talam ketika berada di padang pasir terbuka, maka dengan segala teknologi moden seperti kecanggihan pesawat jet tempur (F15, F22 Raptor, F16) dapat melenyapkan mereka dengan mudah sekali, tetapi itu tidak berlaku, mengapa dan kenapa? Sama-sama kita tahu jawapannya.

Sebaliknya apa yang telah kita saksikan adalah suatu aksi serangan udara dan pengeboman terus menerus selama enam bulan, tetapi musuh Amerika dan Barat (IS) yang kononnya dianggap sasaran ternyata masih utuh.

Sebagai perbandingan, serangan bom NATO terhadap Yugoslavia pada tahun 1999 hanya berlangsung sekitar tiga bulan sahaja iaitu (24 Mac – 10 Jun 1999).

Kita yang tidak berapa cerdik untuk berpolitik kotor seperti Amerika dan Barat, diasak untuk percaya dengan menonton aksi-aksi bahawa kononnya para pejuang IS tidak semudah itu untuk dikalahkan oleh kekuatan Amerika yang memimpin pasukan bersekutu dari 19 negara Barat. Ini kerana kempen sebenarnya bukan bermaksud untuk memusnahkan IS, tetapi sebaliknya.

Jadi dari apa yang telah saya kemukakan, adalah tidak lain adalah sebenarnya IS adalah tajaan dan jelmaan Amerika bagi mengelabui mata masyarakat antarabangsa, ia bagaikan satu fiksyen, yang sebenarnya Amerika adalah sebuah negara nombor satu sebagai penaja kepada keganasan. IS tidak hanya dilindungi oleh Amerika dan sekutunya, tetapi juga dilatih dan dibiayai oleh AS-NATO, dengan dukungan dari Israel dan sekutusekutu Washington di Teluk Parsi. – hidayatullah.com

>> Michel Chossudovsky adalah seorang penulis pemenang penghargaan. Ia guru besar ekonomi (emeritus) di University of Ottawa-Kanada, Pengasas dan Pengarah Pusat Penelitian Globalisasi (CRG), Montreal.

1 ulasan:

❤︎ y u l i a n a ❤︎ berkata...

If you oppose US govt in supporting IS then you should stop supporting FSA which is trained by US and allies and stop promoting US media narrative about Syria and Syrian government.