"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kecewa dengan “pembersihan” golongan progresif, Mazlan Aliman pertimbangkan lepas jawatan AJK PAS

Image result for Mazlan AlimanTertinggal keseorangan dalam jawatankuasa PAS Pusat di kalangan kumpulan profesional, Mazlan Aliman menimbangkan sama ada kekal atau melepaskan jawatan itu.
"Saya akan umumkan dalam masa yang sesuai, samada kekal sebagai AJK Kerja PAS Pusat atau membuat keputusan melepaskan jawatan," kata Mazlan dalam satu kenyataan hari ini.

Sungguh pun komitmen terhadap badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan diteruskan, kemelut dalaman PAS memberi kesan mendalam terhadap dirinya, kata Mazlan.

"Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.
"Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban tewas dalam pemilihan.

"Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya," katanya.

Mazlan menjadi satu-satunya anggota kumpulan profesional dalam yang kekal dalam pemilihan PAS baru-baru ini yang disifatkan sebagai “pembersihan” golongan progresif dalam parti Islam itu.

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, naib-naib presiden Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa dikalahkan dengan teruk dalam pemilihan itu.

"Buat tempoh tertentu, saya mahu menumpukan perhatian terhadap Anak yang mempunyai pejabat baru di Ukay Perdana," kata Mazlan yang menjadi presiden persatuan itu dalam kenyataan itu.

Bagi beliau, memperkasa organisasi dan menangani isu FGV (Felda Global Venture) serta kebajikan warga Felda adalah fokus utama.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: