"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa kes macam ini selalu berlaku di Kelantan dan Terengganu

Lelaki direman belasah kakak sendiri

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki tergamak membelasah kakaknya sehingga mengalami kecederaan hanya kerana berlaku perselisihan faham mengenai hal anak mereka, dalam satu kejadian di Batu Rakit, Kuala Nerus, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 50 tahun, baru sahaja sampai ke rumahnya selepas pulang dari pasar namun dikejutkan dengan kehadiran adiknya yang berusia 41 tahun dalam keadaan marah-marah.

Menurut sumber, suspek yang datang berseorangan memaki hamun mangsa menggunakan kata-kata kesat, sebelum menyerang dengan menumbuk muka dan belakang badan kakaknya itu tanpa belas kasihan.

“Pada masa sama, seorang lagi adik beradik mereka yang berada berhampiran rumah tersebut telah datang membantu meleraikan pergaduhan itu selepas terdengar suasana riuh rendah.

“Bagaimanapun, suspek langsung tidak menghiraukan tindakan adik perempuannya itu, malah bertindak lebih agresif apabila memukul muka, kepala dan badan mangsa sekuat hatinya,” katanya.

Jelas sumber lagi, mungkin terkejut melihat muka mangsa berdarah, suspek terus berhenti memukulnya sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Kata sumber, insiden itu menyebabkan mangsa mengalami luka dan lebam di mata, selain sakit di kepala dan belakang badan.

“Mangsa nekad membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya pada masa akan datang,” katanya.

Susulan laporan dibuat, suspek berjaya diberkas sepasukan polis kira-kira jam 1.30 petang, hari sama kejadian.

Siasatan awal kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek berkaitan hal anak-anak mereka.

“Difahamkan, anak mangsa dan suspek sering bergaduh dan dipercayai ia menjadi punca perselisihan faham dua beradik itu,” kata sumber lagi.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan suspek kini direman untuk siasatan selanjutnya.

Dalam masa sama, semalam, Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.
-sinarharian-

Tiada ulasan: