"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Kelantan ni jenis apa? tak tunai janji

Ahmad YakobKOTA BHARU: Adun Wakaf Baharu, Datuk Ahmad Yakob tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di negeri ini tahun ini.
Ahmad, yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata, tanggungjawab beliau untuk membuat persediaan serta membawa perkara berkenaan ke peringkat tertinggi telah selesai.

"(Soal letak jawatan) itu apabila kita tidak dapat membuat persiapan. Sekarang ini kita telah siap semua. Pindaan (Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri) telah buat, (telah) selesai.

"Yang menghalang (pelaksanaan hudud), kerana kita tidak dapat buat pindaan terhadap Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Itu bukan tanggungjawab kita, jadi bahagian saya telah selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Promosi Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) dan Himpunan Belia Kelantan sempena majlis sambutan Hari Hududullah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, hari ini.

Ahmad mengulas mengenai janji yang dibuatnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) tahun lepas yang menyatakan beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan jika masih gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan tahun ini.

Ditanya mengenai kemungkinan usul undang-undang persendirian dapat dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat ketika undi ahli parlimen Pas semakin berkurangan selepas ada segelintir daripada calon parti itu melompat ke parti lain, Ahmad berkata, perkara berkenaan tidak melibatkan masalah parti.

"Ini bukan masalah parti atau bangsa, ini masalah orang Islam yang sepatutnya menyokong undang-undang ALLAH. Asal dia Islam, dia tidak terkecuali, itu yang asas.

"Kita tidak kira apa parti, apa jenis bangsa, asalkan mereka Muslim, mereka patut beri sokongan untuk pelaksanaan hukuman ALLAH ini," katanya.
-Bernama-

1 ulasan:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Apakah hukum munafik hanya jatuh pada golongan yang tidak bergelar 'ulama' sahaja? Adakah golongan bergelar 'ulama' bebas untuk memanipulasi hukum-hukum dalam Islam? Jika isu bai'ah begitu lantang golongan ini tetapi lafas janji di dalam DUN dengan mudah pula selesai dan letak.salah kepada orang lain