TINDAKAN seorang lelaki Israel menyerang sebuah lori dipandu rakyat Palestin membawa padah apabila dia digilis sehingga mati.
Kejadian itu berlaku apabila lelaki Israel yang tidak dikenali keluar dari keretanya dengan memegang sebatang kayu untuk menyerang lori berkenaan di Tebing Barat pada Selasa.
Bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Yahudi, pemandu lori tersebut bertindak memandu lorinya dan menggilis lelaki hempal berkenaan.
Sebaik sahaja menggilis lelaki Yahudi itu, pemandu lori berkenaan melarikan diri ke kem pelarian di Hebron untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman tentera.
Kemarahan penduduk Palestin semakin meningkat apabila tentera Yahudi menjalankan operasi meroboh dan merampas kediaman penduduk Islam.
Pada hari sama tentera Israel bertindak menembak mati dengan kejam seorang penduduk Palestin dengan menuduhnya telah menikam seorang lelaki Yahudi sehingga mati pada tahun lalu.
Tentera Yahudi itu turut memusnahkan rumah milik mangsa sehingga menyebabkan penduduk Palestin bangkit menentang kekejaman itu.
-mstar-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan