"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AWASS!!!! Anjur sidang media dikira perhimpunan haram?

Khairil Ashraf 
SUKUALA LUMPUR : Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa pihak berkuasa bertindak melampau apabila aktiviti menganjurkan sidang media dikategorikan sebagai perhimpunan haram.
Setiausaha Agungnya A.Sivarajan membuat dakwaan itu selepas dia dipanggil polis kerana membuat sidang media pada 20 November lalu di hadapan Menara Tabung Haji bagi bantahan kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke negara ini.

“Selepas kita mendengar senarai soalan-soalan yang ditanya oleh polis, saya rasa ini adalah satu penemuan baru…di mana sekarang sidang media juga adalah perhimpunan haram.

“Memang tidak ada perhimpunan langsung pada masa tersebut. Hanya ada satu sidang media untuk memaklumkan bantahan kita terhadap kehadiran Presiden Obama. Dan kesemua soalan polis ditujukan kepada itu sahaja,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Sivarajan menambah, Akta Perhimpunan Aman 2012 juga tidak menyatakan i bahawa sidang media dikategorikan sebagai perhimpunan haram.

“Sidang media adalah sidang media. Ia bukannya bantahan, bukannya protes, bukan apa-apa yang boleh dikategorikan sebagai perhimpunan.

“Tapi mereka ini (polis) telah membuat penemuan yang baru..mereka boleh gelar benda ini perhimpunan haram. Ini merupakan benda yang membuang masa,” tegasnya.

Dalam pada itu, Peguamnya, Wong Karfai berkata, Akta Perhimpunan Aman 2012 merupakan salah satu senjata yang digunakan oleh kerajaan untuk menangkap aktivis-aktivis.

“Akta Perhimpunan Aman kononnya nak menjaga hak asasi manusia, kebebasan bersuara..

“Kini telah jelas nampak apa yang dibentangkan di Parlimen dan benda ini digunakan sebagai senjata untuk mengekang kebebasan bersuara, perhimpunan rakyat, aktivis dan sebagainya.

“Jika kita lihat trend yang berlaku sekarang ini, adalah tidak sihat,” katanya.
-fmt-

Tiada ulasan: