Arab Saudi: Ada yang tidak kena apabila seorang pengantin baru mencium anak unta di depan ibu mentuanya.
Disebabkan perbuatan wanita muda itu, dia diceraikan si suami yang mendapat tekanan daripada ibunya.
Media hari ini melaporkan, kejadian berlaku di Arab Saudi.
Wanita terbabit berada di ladang ternakanya dan terlalu gembira melihat haiwan peliharaannya melahirkan anak.
Kegembiraan itu dizahirkan dengan mencium anak unta berkenaan, namun masalah timbul apabila aksi itu dilihat ibu mentua wanita yang baru nikah itu.
Disebabkan tekanan si suami kemudian menceraikan isterinya pada hari yang sama atas alasan wanita terbabit melanggar peraturan agama dan norma sosial.
Akhbar melaporkan, lelaki itu mentaati arahan ibunya kerana enggan menjadi anak derhaka.
Tambahan pula si ibu tidak akan mengaku lelaki tersebut sebagai anaknya jika enggen menceraikan isterinya.
“Sehari kemudian lelaki tersebut pergi ke rumah isterinya. Di situ si isteri meminta maaf dan mengaku ciumannya terhadap anak unta tidak membawa sebarang niat jahat.
“Mereka kemudian rujuk semula walaupun mendapat bantahan daripada pihak ibu mentua,” lapor akhbar Arab Saudi, Sada.
Akhbar itu juga memetik wanita muda berkenaan sebagai berkata, dia sangat mencintai suaminya dan mahu sehidup semati.
“Tapi saya tak sanggup hidup dengan ibunya lagi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan