"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Baju Merah: Mufti Perlis Datuk Dr Asri ajak rakyat yang patriotik halang samseng

Mufti: Tanggungjawab bersama halang samseng
Menghalang “samseng” daripada bebas melakukan sesuka hati adalah tanggungjawab bersama setiap rakyat yang patriotik, kata Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Katanya, jika golongan itu dibiar bermaharajalela, negara ini akan terjerumus dalam keadaan huru-hara.

“Jika kita membiarkan orang samseng bermaharajalela, menyerang dan memukul sesiapa yang dia mahu maka negara akan terjerumus ke dalam huru-hara.

“(Akibatnya) orang ramai tidak akan percaya lagi kepada kedaulatan undang-undang,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau tidak menyebut secara langsung kepada siapa tulisan itu dirujuk.

Bagaimanapun, ia dibuat sehari selepas insiden melibatkan pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos berdarah hidung selepas bergelut dengan pihak polis.


Jamal mendakwa beliau dipukul oleh “budak” pemimpin Wanita PKR Zuraida Kamaruddin walaupun beliau dirakam menyebut “polis tumbuk saya” sebelum itu.

Insiden berlaku selepas Jamal dan kumpulannya cuba menghampiri kumpulan BERSIH di Ampang, dekat Kuala Lumpur.


Zuraida menafikan perkara itu dan menghantar surat tuntutan guaman kepada Jamal dan akan membuat laporan polis berhubung ancaman terhadapnya.

-malaysiakini

Tiada ulasan: