"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri ditahan awal pagi, ambil rasuah jualan saham


MOSCOW, — Rusia mengambil tindakan mengejut awal pagi dengan menahan menteri ekonominya yang terlibat dalam rasuah berhubung kelulusan penswastaan syarikat minyak negara bernilai US$5 bilion (RM21.6 bilion).

Alexei Ulyukayev, 60, ditahan semalam “ketika menerima suapan” tunai US$2 juta (RM8.7 juta), menjadikannya pegawai tertinggi pertama yang dipenjarakan sejak 16 tahun pentadbiran Presiden Vladimir Putin.
Jurucakap jawatankuasa siasatan Rusia berkata ahli ekonomi liberal itu disyaki meminta wang daripada syarikat Rosneft PJSC yang membeli 50 peratus saham kerajaan bulan lalu dalam syarikat pengeluar minyak Bashneft PJSC.

Svetlana Petrenko berkata urus niaga Rosneft itu bagaimanapun mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam siasatan tersebut.

Penahanan Ulyukayev diumumkan pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan di sini, mengejutkan elit kerajaan dan ahli perniagaan.-.themalaymailonline.com

Tiada ulasan: