Kuala Lumpur – Pelakon Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera Utara, Indonesia kerana didapati menyorokkan dadah disyaki syabu ke dalam duburnya.
Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Kualanamu, Zaky Firmansayah berkata, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim ditahan Selasa lalu sejurus mendarat di lapangan terbang tersebut pada pukul 9.30 malam, waktu tempatan.
“Pemeriksaan awal terhadap pelakon berusia 38 tahun itu mendapati dua bungkus dadah jenis syabu seberat 14 gram ditemui disembunyikan dalam dubur pelakon tersebut ketika menaiki penerbangan Malindo Air OD322 dari Kuala Lumpur.
“Pelakon tersebut ketika disoal siasat mengaku telah membeli syabu tersebut dari seorang individu di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Medan untuk mencari DJ,” katanya seperti dipetik portal detik.com hari ini. – Kosmo
-kualalumpurpost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan