"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Punca Andi Lala bunuh 5 sekeluarga

Suspek utama yang terlibat dalam pembunuhan kejam lima sekeluarga di sebuah rumah di Jalan Mangaan di daerah Medan Deli di Medan, Sumatera Utara di sini baru-baru ini mengaku melakukan jenayah itu kerana dendam.

Dalam kejadian pada 9 April lalu, mangsa Riyanto, 40, isterinya, Sri Ariyani, 40, dan dua anak mereka Naya dan Gilang masing-masing berusia 13 hingga lapan tahun serta ibu Sri Ariyani, Sumarni yang berusia 60 tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati.

Memetik laporan Detik.com hari ini, Andi Lala yang ditahan pihak polis pada 17 April lalu mengaku membunuh Riyanto dan empat lagi gara-gara mangsa didakwa tidak memberikan sabu yang dibeli olehnya meskipun bayaran telah dibuat.

Andi Lala membayar sebanyak 5 juta rupiah (RM1,657) kepada Riyanto, yang juga merupakan sepupunya bagi pembelian sabu, namun mendakwa Riyanto tidak memberikan dadah itu kepadanya.

Suspek kemudian mendesak supaya mangsa memulangkan wangnya, bagaimanapun Riyanto enggan memberikan wang tersebut.

Bengang dengan tindakan Riyanto, suspek mengajak dua rakannya, Roni dan Andi Sapurta untuk membunuh mangsa.

Ketika kejadian, Andi Lala membunuh Riyanto, isterinya, Sri Ariyanti serta Sumarni dengan memukul mangsa menggunakan besi sebanyak dua kali.

Roni pula membunuh kedua anak Riyanto, Naya dan Gilang, sementara seorang lagi suspek, Andi Saputra ditugaskan untuk mengawal di depan rumah bagi memastikan keadaan selamat.

Sebaik sahaja lima sekeluarga itu dibunuh, yang mana hanya seorang kanak-kanak perempuan ditemui masih hidup, Kirana, Andi Lala membawa lari motosikal milik Riyanto dan menjualnya dengan harga 1.8 juta rupiah (RM596).

Ketika disiasat polis, Andi Lala turut mengaku pernah membunuh seorang lelaki dikenali sebagai Suherman, yang didakwa teman lelaki isterinya pada tahun 2015, sebelum mayat dan motosikal mangsa dibuang ke dalam longkang, seolah menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan.

Perbicaraan kes tersebut masih berlangsung dan suspek didakwa atas kes pembunuhan kejam
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: