MOHD ALI HASHIM
"Ganasnya ulama Pas," begitulah kata-kata yang diluahkan oleh Pengerusi Parti Amanah Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh mengulas mengenai muktamar Dewan Ulama Pas yang diadakan di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) semalam.
Beliau merujuk ucapan aluan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Ustaz Mohd Rejab Md Akhir mengutuk Parti Amanah Negara dengan ucapan "Jahanam PAN'.
"Beliau bukan sahaja tidak mampu untuk menyebut nama Parti Amanah Negara sebagai Amanah tetapi sebagaimana biasa menyebutnya 'PAN'.
"Inilah pemikiran yang ada dalam Dewan Ulama dan ahi-ahli Pas.
"Keseluruhannya golongan agamawan ini yang banyak menentukan pemikiran dan hala tuju Pas yang sepatutnya memberi contoh dan teladan terbaik kepada ahli-ahli mereka dan juga masyarakat umum, " jelasnya lagi.
Malah katanya, mereka yang sepatutnya berakhlak dengan akhlak Islam Islam sesuai dengan perjuangan Islam sepertimana yang didakwa dibawa oleh Pas.
Namun begitu, apa yang berlaku disebaliknya.
"Mereka bukan sahaja menngelarkan Amanah sebagai PAN, tetapi mengutuk keras dengan laungan 'Jahanam PAN'.
"Pemikiran fanatik ini bukanlah baru dan asing dalam Pas kerana fanatisma ini menyebabkan mereka tidak boleh menerima kepelbagaian dan kelainan dalam berfikir.
"Dalam Pas perbezaan pemikiran dan pendekatan adalah satu dosa yang mesti dihapuskan, " ujarnya lagi.
Kata beliau lagi, dalam muktamar dua tahun yang lalu di Batu Pahat, seorang perwakilan yang mempunyai pendidikan tinggi telah membuat ucapan doa selama 15 minit hanya dengan mengutuk dan melaknat mereka yang mempunyai perbezaan pandangan dan pendekatan dalam Pas.
"Apalah yang boleh diharapkan oleh masyarakat umum kalau perbezaan pandangan sekalipun tidak dapat diraikan.
"Sebenarnya masyarakat tidak begitu bodoh untuk menilai perkara ini.
"Ini jugalah merupakan antara faktor mengapa dalam beberapa 'survey' yang dijalankan ketika ini, mendapati Pas semakin hilang sokongan, " tegasnya lagi.
- Tambahnya lagi, ucapan dan pemikiran sedemikian merupakan punca yang akan membawa kejatuhan dan keruntuhan kepada Pas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan