Sudah tentu terdapat banyak penghakiman oleh mahkamah di seluruh dunia yang dilihat sebagai benar-benar tidak masuk akal, justeru, wujud ungkapan "the law is an ass".
Walau bagaimanapun, tidak ada yang setanding dengan keputusan tidak masuk akal oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif untuk menafikan permohonan saya untuk mencabar budi bicara Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Apa yang saya minta adalah kebenaran atau izin daripada mahkamah untuk memulakan tindakan terhadap peguam negara.
Saya tidak perlu membuktikan apa-apa pada peringkat ini - undang-undang mensyaratkan saya perlu menunjukkan bahawa ada persoalan serius untuk dipertimbangkan.Ia di peringkat rendah dan umumnya, di seluruh dunia, kebenaran akan diberikan tanpa sebarang kekecohan.
Namun, saya tidak dinafikan ini. Apa yang sedang berlaku?
Saya tahu bahawa kita tidak boleh mempersoalkan Tuhan tetapi nampaknya kita perlu menambah beberapa lagi dalam senarai itu, seperti perdana menteri, menteri dalam negeri, Majlis Fatwa Kebangsaan dan sekarang peguam negara pula.
Tambahan pula, ketua hakim sendiri membicarakan permohonan mudah untuk kebenaran itu. Bukankah itu pelik? Mengapa permohonan sebegitu mudah memerlukan khidmat seorang hakim kanan?
Untuk bersikap adil, saya tidak selesa Md Raus (foto - bawah, kanan) berada di dalam panel kerana saya secara terbuka tidak bersetuju dengan pelantikannya sebagai ketua hakim negara.
Pertikaian itu bukan sesuatu yang bersifat peribadi - Md Raus adalah seorang yang disenangi ramai - tetapi saya percaya perdana menteri memilih Raus sebagai ketua hakim adalah untuk melindungi dirinya.
Bukan sahaja undang-undang menghalang ketua hakim daripada terus berkhidmat selepas usia 66 tahun dan enam bulan, saya juga percaya Najib memilih Md Raus atas alasan peribadi. Malah proses pemilihan itu juga boleh dipersoalkan.
Mungkin dia fikir Md Raus akan lebih bersimpati kepadanya, atau mungkin dia berfikir Md Raus memahami misi murni untuk negara itu, sama seperti Apandi.
Jadi, apabila seseorang yang disenangi ramai seperti Md Raus menerima tawaran Najib untuk menjadi ketua hakim selama tiga tahun lagi, saya bimbang dia akan berat sebelah terhadap saya dalam kes ini.
Atas sebab itu, saya meminta peguam saya, Datuk Gopal Sri Ram, untuk meyakinkan Md Raus untuk menarik diri.
Saya harap ketua hakim itersebut akan memikirkan lanjut permintaan saya itu. Biarkan undang-undang mengenai permohonan kebenaran untuk merujuk sebarang soalan kepada Mahkamah Persekutuan sebagai perkara mudah.
Hanya kerana permohonan saya melibatkan perdana menteri dan peguam negara tidak seharusnya mengubah standard atau kelayakan mana-mana peringkat. Biar peluang ke Mahkamah Persekutuan terus bebas tanpa terlalu banyak sekatan.
Ketua hakim tidak perlu terlalu bimbang kerana walaupun jika saya berjaya dalam permohonan itu, saya masih mempunyai tugas besar untuk membuktikan tuduhan saya bahawa terdapat cubaan oleh peguam negara untuk melindungi perdana menteri dan oleh itu menggunakan kuasa budi bicara secara tidak wajar mengikut perlembagaan.
Kenapa harus ketua hakim terbelit sama dalam perkara mudah ini dengan risiko besar terhadap reputasi pejabatnya sendiri?
Rakyat marhaen mungkin berfikir bahawa, dalam menolak permohonan saya, Md Raus mungkin berat sebelah terhadap saya. Ada juga yang berkata bahawa dia sedang berusaha untuk "melindungi" perdana menteri.
Justeru, saya telah mengarahkan peguam saya untuk membuat semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan atas dasar tanggapan berat sebelah atau ‘perceived bias’.
Saya harap para hakim Mahkamah Persekutuan akan membenarkan permohonan saya kerana saya mempunyai beberapa soalan serius untuk mereka pertimbangkan.
Lagipun, jika mahkamah memutuskan untuk memberi sayakebenaran, isu-isu substantif akan didengar lamba lagi, lama selepas keputusan pilihan raya diketahui.
Ini juga akan memudahkan saya untuk menimbang semula permohonan saya, terutamanya jika majoriti pengundi di negara ini menunjukkan bahawa mereka percaya bahawa perdana menteri tidak melakukan sebarang dan bahawa peguam negara melaksanakan tugasnya dengan betul tanpa mendakwanya.
Sekiranya ini berlaku, saya akan pergi bertapa di pergunungan dan tidak lagi mempersoalkan peguam negara.
DATUK ZAID IBRAHIM adalah bekas senator dan anggota kabinet Malaysia. Artikel ini diterbitkan kali pertama di blog beliau dalam bahasa Inggeris dengan judul The greatest travesty of them all.
-malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan