"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AMANAH hantar 20 nama calon menteri, timbalan kepada Tun M

MALAYSIADATELINE
Parti Amanah Negara (AMANAH) telah menghantar 20 nama calon pimpinan parti itu bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Presiden AMANAH Mohamad Sabu tidak menolak kemungkinan ada perubahan di saat akhir sebelum majlis angkat sumpah yang dijadualkan pada 2 julai ini.

Ketika ditanya media sama ada Mohamad berpuas hati dengan pembentukan kabinet itu, beliau enggan memberi komen memandangkan pembentukan kabinet belum diumumkan lagi.

“2 hari bulan akan umum dan angkat sumpah mungkin ada perubahan saat akhir,” katanya kepada media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri AMANAH di Bukit Katil Melaka hari ini.

Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan perdana menteri untuk menentukan nama-nama yang dihantar itu bagi jawatan menteri dan timbalan.

Terdahulu, senarai penuh nama 28 menteri dan 24 timbalan menteri kabinet kerajaan sudah tular pada 26 Jun lalu.

Sebelum ini, dalam kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dipetik berkata YDP Agong Sultan Muhammad V menerima senarai nama menteri dan timbalan menteri tersebut daripada Pejabat Perdana Menteri pada 20 Jun lalu dan menyerahkan kembali senarai tersebut yang diperkenankan Sultan kepada Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat 22 Jun lalu.

Senarai penuh yang tular itu turut menyatakan beberapa nama pimpinan AMANAH iaitu Pengarah Pilihan Raya AMANAH Dr Hatta Ramli dilantik Menteri Pembangunan Usahawan; Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir dilantik Timbalan Menteri Menteri Kerjaraya dan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad dilantik sebagai Menteri Wilayah; Ahli Parlimen Parit Buntar dilantik Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Tiada ulasan: