"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khir Toyo pun keluar Umno? kerana kecewa apabila ada pemimpin yang menjadi buruan polis menang pemilihan parti

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
SHAH ALAM - Timbul spekulasi mengatakan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bakal keluar Umno.

Mohamad Khir membayangkan keputusan itu dalam satu grup WhatsApp yang tular malam tadi.

Beliau dikatakan bertindak demikian kerana kecewa apabila ada pemimpin yang menjadi buruan polis menang pemilihan parti.

Beliau juga didakwa telah hilang kepercayaan kepada Umno dan berpandangan tiada guna kekal dalam parti itu.

“Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana saya akan meninggalkan perjuangan dalam Umno kerana tak boleh fikir bagaimana orang seperti (Datuk Seri) Jamal Yunos masih dipilih menjadi pemimpin bahagian.

“Orang yang dalam buruan polis dengan longgokan kes jenayah yang masih menantinya masih dipilih kerana pengaruh wang,” kata mesej itu yang dikatakan daripada Mohamad Khir.

Bagaimanapun, Mohamad Khir ketika dihubungi Sinar Harian enggan mengesahkan atau menafikan kesahihan mesej itu.

Sebaliknya, beliau berkata akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Mohamad Khir itu sebelum ini ingin membuat kemunculan semula dalam politik apabila menawarkan diri bertanding jawatan Ahli MT dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Bagaimanapun, hasrat beliau tidak kesampaian apabila namanya tidak melepasi saringan parti.

Tiada ulasan: