"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tentera sedia di Pasir Gudang jika darurat mahu diisytiharkan

BORHAN AHMAD
Pasukan tentera sudah dihantar untuk membantu kerja-kerja di lapangan, kata Menteri Pertahanan.
Beberapa pasukan Angkatan Tentera Malaysia telah dihantar ke Pasir Gudang bagi membantu operasi pemulihan dan bagi mengenalpasti bahan toksid di sana.

“Angkatan Tentera telah bersedia pada bila-bila masa untuk membantu kerja-kerja di sana samada dalam keadaan biasa atau darurat,” kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Mohamad Sabu, beberapa pasukan dari Angkatan Tentera telah dihantar ke sana untuk membantu operasi khasnya bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak yang cuba menyembunyikan jejak bahan beracun ini.

“Team tentera sudah bekerja dengan kuat untuk mencari dan mengenalpasti bahan toksid takut cuba disembunyikan,” kata Mohamad ketika membahaskan usul tergempar di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maiden pula berkata, walaupun darurat belum diisytihar di Pasir Gudang, kerja-kerja seumpama darurat telah dijalankan di Pasir Gudang.

Semua pihak, katanya telah menghantar bantuan ke Pasir Gudang bagi menangani masalah ini.

Pagi tadi, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad memaklumkan, Kabinet akan membincangkan cadangan dharurat di Pasir Gudang ini dalam mesyuaratnya pagi esok.

“Kita akan bincangkan cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet esok,” kata Khalid kepada media tengahari tadi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ke Pasir Gudang bagi melihat sendiri keadaan di sana petang ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (PH) telah mengemukakan usul agar darurat bencana di isytiharkan di Pasir Gudang. Speaker telah meluluskan usul ini untuk dibahaskan.

Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon (PH) yang mula membahaskan usul ini menyokong usul agar ‘Darurat Bencana’ diisytiharkan di Pasir Gudang ekoran pecemaran sisa beracun di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Menurut beliau, pelbagai pihak di kawasan yang terlibat sudah bersedia untuk melaksanakan Darurat Bencana itu jika ianya diisytiharkan oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga menyokong agar darurat bencana di isytiharkan di kawasan itu.

“Istihar darurat bencana tidak menjadi orang ramai panik,” kata beliau.

Dewan Rakyat membahaskan usul tergempar hari ini bagi mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang ekoran tragedi ini.

Selepas perbahasan habis, Speaker menangguhkan sidang ke jam 10 pagi Isnin ini tanpa membuat sebarang keputusan mengenai usul ini.

Tiada ulasan: