"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wakil rakyat Pas ini salah pakai pelitup muka, tidak jaga jarak

ARIF ATAN

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunung Semanggol Razman Zakaria dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Tular di media sosial gambar Pesuruhjaya Pas Perak itu dalam keadaan pelitup muka tidak menutup mulut dan rongga hidung seperti ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Razman turut dilihat berdiri rapat saling bersentuhan bahu dengan sekumpulan masyarakat India yang juga sama sekali tidak memakai pelitup muka.

Namun, salah seorang daripada kumpulan itu juga memakai pelitup muka tetapi dengan cara salah sama seperti Razman.

April lalu, Razman dihujani kritikan ramai apabila makan bersama dan mengerjakan solat Asar secara berjemaah dengan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali di Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Kampung Luat, Lenggong ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerajaan sebelum ini telah menetapkan pematuhan SOP di tempat awam iaitu pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair pembasmi kuman serta jarak fizikal satu meter.

KKM juga kerap mengingatkan agar orang ramai menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu antaranya mengelak berada di kawasan sesak, sempit serta bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat.

Orang ramai juga dinasihatkan agar terus mengamalkan kawalan kendiri bagi bersama-sama memutuskan rantaian penularan Covid-19 dalam negara.

Tiada ulasan: