"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Naskhah al-Quran dibuang: P

Malaysiakini

Polis sudah merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab ke dalam longkang di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata bahawa siasatan masih lagi berjalan.

"Polis sedang menyiasat penemuan naskhah al-Quran yang dibuang di beberapa lokasi di Lembah Klang,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan al-Quran dengan tujuan mengaibkan agama dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian atas agama.

Dia turut menasihati masyarakat agar tidak gusar dan mengelak daripada membuat spekulasi kejadian.

"Pihak berkuasa sedang berusaha memastikan pelaku dalam kejadian ini dapat dikesan dan diambil tindakan.

"Dalam menjaga sensitiviti dalam kesucian al-Quran, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin melupuskannya, sewajarnya mendapatkan nasihat daripada pihak Jabatan Agama Islam tempatan sebelum pelupusan dibuat," katanya.

Pada 19 Feb, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai dilaporkan berkata seorang wanita tempatan, yang juga ahli Kesatuan Nelayan Kebangsaan, membuat laporan polis pada jam 11.32 pagi tadi dengan memaklumkan dia menemukan beberapa naskhah kitab suci itu di dalam longkang di Tasik Sri Murni, Jinjang, Kuala Lumpur.

"Hasil siasatan mendapati saksi itu sedang beriadah bersama suaminya telah ternampak sebuah beg berwarna biru di dalam longkang berdekatan dengan kolam takungan tasik dan hasil pemerhatiannya mendapati senaskhah al-Quran dalam keadaan terbuka dan telah terkeluar dari beg tersebut.

"Kemudian, saksi telah meminta bantuan daripada seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali berada berhampiran dengannya untuk membawa naik beg itu dan kesemua naskhah al-Quran terbabit telah dibawa keluar dan dihantar ke Masjid Annas Kampung Selayang Lama untuk disimpan," katanya

Beh berkata polis juga telah membuat semakan di platform media sosial TikTok di pautan https://vt.tiktok.com/ZS8mYtW4L/ dan mengesahkan bahawa terdapat satu hantaran berkaitan dengan aduan yang dilaporkan oleh saksi.

Tiada ulasan: