"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turkiye

Recep Tayyip Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turkiye, kata pengerusi Majlis Pilihan Raya (YSK) Ahmet Yener, semalam.

Dia berkata Erdogan mempertahankan jawatan presiden selepas mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu dalam pilihan raya penentu yang diadakan pada Ahad.

Menurut keputusan tidak rasmi, Erdogan memperoleh 52.14 peratus undi manakala Kilicdaroglu mendapat 47.86 peratus undian.

Setakat ini 99.43 peratus peti undi telah dibuka.

Erdogan dalam ucapannya berkata 85 juta rakyat Turkiye adalah pemenang dalam pilihan raya negara yang berakhir pada Ahad.

Lebih 64.1 juta orang telah berdaftar untuk mengundi, termasuk lebih 1.92 juta pengundi luar negara dan hampir 192,000 peti undi telah disediakan.

-Bernama

Tiada ulasan: