FMT Reporters
Bomba mengeluarkan dua mayat rentung dalam kereta Mercedes-Benz. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Tiga maut dengan dua daripanya rentung dalam nahas dua kenderaan di Kampung Kwong Sai, Segamat, Johor, petang tadi.
Komander Operasi Bomba Segamat, Mazuki Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.24 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba Segamat.
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz yang dipercayai bertembung sebuah kereta jenis Toyota Sienta.
“Kesan kemalangan itu menyebabkan Mercedes-Benz terbakar. Manakala Toyota Sienta terbabas dalam gaung.
“Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran pada kenderaan terlibat. Sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, pasukan bomba menemui dua mayat dalam kereta yang terbakar,” katanya dalam kenyataan.
Anggota bomba juga mengeluarkan seorang lagi mangsa tersepit dalam Toyota Sienta. Namun, mangsa Chong Jui Chat, 67, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Semua mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan, dua mangsa rentung adalah Wong Chee Choy, 62, dan Hoo Kok Yong, 35, manakala mangsa parah Lee Lam Chai, 67.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan