"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lebai ni kalau nak sembang pun agak-agak la

Diesel untuk motosikal, habis Tuan Ibrahim dipermainkan
SITI NUR ZAWANI

Cerita ‘rekaan’ Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ceramahnya di Sungai Bakap baru-baru ini, terus menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia.

Ia ekoran ucapan beliau yang mendakwa terlihat seorang pakcik sedang mengheret motosikal kerana minyak habis, dan dikaitkannya dengan penyasaran subsidi diesel.

Perkara tersebut mengundang rasa hairan dalam kalangan pengguna media sosial yang tertanya motosikal apa yang digunakan pakcik itu sehingga perlu mengisi minyak diesel.

Lantas itu juga, satu akaun TikTok tular selepas memuat naik sketsa pendek yang menyindir pemimpin Pas tersebut dengan melakonkan kembali gelagat seorang lelaki mengheret motosikal di tepi jalan.

Kata lelaki itu, disebabkan kerajaan zalim, isi minyak RM5 pun tidak cukup untuk sampai ke rumah.

Apabila ditanya minyak apa yang diisi, dijawabnya minyak diesel.

Walaupun video itu tidak menyebut nama Tuan Ibrahim, namun rata-rata pengguna TikTok terhibur dan memahami ia ditujukan kepada siapa.

“Hang perli Tuan Ibrahim ka,” komen seorang individu beserta emoji gelak.

“Terbaik saudara. Terhibur. Minta izin simpan. Kita nak pos di kumpulan WhatsApp kampung,” kata alias.

Tiada ulasan: