Tak pasal-pasal 8 pengusaha stesen minyak di Kelantan kena denda RM24,000
AKMAL MANAF
Padah jual bahan api kepada individu untuk tujuan penyeludupan, lapan pengusaha stesen minyak di Kelantan telah dikompaun berjumlah RM24,000.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Azman Ismail berkata, kesemua pengusaha yang dikompuan itu mengendalikan stesen minyak yang berada dalam jarak 25 kilometer (km) dari sempadan dan jumlah kompaun dikeluarkan antara Januari hingga 29 Jun.
“Kompaun dikeluarkan kerana mereka melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961. Selain itu, lima lagi kes masih dalam siasatan.
”Dalam tempoh yang sama, kita merampas sebanyak 30,000 liter RON95 dan 68,000 liter diesel,” katanya berdasarkan laporan BH.
Pengusaha stesen minyak yang bersubahat dengan mereka yang disyaki penyeludup itu diberi notis kompaun menerusi operasi yang dijalankan KPDN negeri.
Dalam operasi itu, Azman berkata lebih 100 orang ditahan dan mereka terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.
“Dalam operasi itu, kita sudah memeriksa 39,650 premis dan 12,263 kenderaan.
Daripada 12,263 itu, 205 kenderaan dirampas dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan