"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak, 2 remaja hilang ditemukan di Melaka

BERNAMA

Seremban: Seorang kanak-kanak dan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim di Kuala Pilah sejak Jumaat lalu ditemukan selamat di Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, hasil maklumat orang awam, ketiga-tiganya ditemukan berada dalam jagaan ibu saudara dan nenek seorang daripada mereka di sebuah rumah.

"Kanak-kanak dan dua remaja itu berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan.

"Mereka bersama-sama dua wanita berusia 35 dan 67 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Bekoh, Jasin kira-kira 9 malam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dan dua remaja berkenaan kemudian diserahkan semula kepada pihak pengurusan pusat jagaan terbabit.

Semalam, media melaporkan ketiga-tiga mereka yang berusia antara 11 hingga 14 tahun dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim milik badan bukan kerajaan (NGO) dan laporan kehilangan dibuat oleh pusat jagaan tersebut pada hari sama.

Tiada ulasan: