"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga Indonesia melacur dalam kebun sawit didenda RM2,800

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Tertuduh diiringi polis selepas didenda RM2,800 kerana melakukan aktiviti persundalan dalam pondok di kebun. FOTO Alias Abd Rani
Tertuduh diiringi polis selepas didenda RM2,800 kerana melakukan aktiviti persundalan dalam pondok di kebun. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Seorang wanita warga Indonesia didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menjalankan aktiviti pelacuran dalam pondok di sebuah kebun sawit, bulan lalu.

Tertuduh, Ilah Jamilah, 40, yang juga ibu kepada seorang anak membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan terbabit di sebuah pondok tidak bernombor dalam kebun sawit, Jalan Paya Panjang, Bukit Pasir, di sini, jam 7.30 petang, 23 Jun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, polis menjalankan serbuan ke atas pondok terbabit dan mendapat tertuduh berada di dalamnya.

Turut berada bersama tertuduh dalam pondok itu ialah seorang lelaki warga Bangladesh disyaki pelanggan pada waktu itu.

Hasil pemeriksaan polis menemui beberapa barangan seperti tisu, kondom yang belum dan sudah digunakan, minyak pelincir serta wang lebih RM900.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman denda RM2,800 terhadap tertuduh dan memerintahkan hukuman tiga bulan penjara jika gagal membayarnya.

Tertuduh gagal membayar denda sebelum dibawa ke Penjara Kluang untuk menjalani hukuman penjara.

Tiada ulasan: