"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AWAS!! Kaki vape beringat!: Peraturan lebih ketat mungkin berkuat kuasa bulan depan - Dr Dzul

Ercy Gracella Ajos
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali tertangguh, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata peraturan lebih ketat berhubung vape bakal berkuat kuasa mulai bulan depan.

Dalam jawapan kepada komen pengguna di X, Dr Dzulkefly berkata pihaknya sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) & Perintah 2b diluluskan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Antara peraturan yang termaktub di bawah akta itu termasuk berkaitan pendaftaran, penjualan, pembungkusan dan pelabelan serta satu perintah berkaitan larangan merokok di tempat awam.

Katanya, semua peraturan dan perintah ini akan dikuatkuasakan serentak dengan Akta 852 termasuk rokok elektronik.

"Tiga peraturan sudah diluluskan oleh AGC dengan dua lagi peraturan dan satu perintah tambahan kini dalam proses kelulusan.

"Peraturan dan perintah akan dikuatkuasakan bersama dengan Akta 852 pada Ogos 2024, apabila semuanya berada dalam keadaan teratur. Insya-Allah, dengan izin Tuhan, tiada lagi kelewatan," katanya dalam bebenang hantaran itu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan beberapa pihak yang mempersoalkan kelewatan penguatkuasaan Akta 852 yang masih lagi tertangguh pelaksanaannya, termasuk daripada pihak Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Semalam, Presiden MPS, Amrahi Buang, dilaporkan berkata penguatkuasaan akta terbabit sepatutnya bermula awal Jun tetapi hingga kini masih belum dilaksanakan kerajaan.

Justeru, Amrahi mempersoalkan, apakah halangan sebenar penguatkuasaan akta terbabit, yang didakwa masih 'tersangkut' di pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) KKM.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, beliau memahami keresahan pelbagai pihak berhubung kelewatan pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852 terbabit.

"Saya benar-benar memahami keresahan (orang ramai) disebabkan kelewatan dalam pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) ini.

"Saya memohon empati anda bahawa KKM sedang berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan pengesahan AGC berhubung kelulusan peraturan dan perintah ini," katanya.

Tiada ulasan: