"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu e-hailing maki, ludah penumpang

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Tangkap layar menunjukkan pemandu teksi e-hailing yang memaki dan meludahi penumpang.
ETALING JAYA – Seorang pemandu teksi e-hailing tular di media sosial selepas beliau dilihat mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penumpangnya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman sosial X milik akaun Malaysia Most Viral, insiden tersebut berlaku di hadapan sebuah kedai runcit di mana pemandu itu bertindak memarahi penumpang tersebut sebelum beliau meludah dan mencaci maki mangsa.

Lelaki itu kemudian dilihat mengeluarkan kayu panjang dari kereta dan mengugut penumpang tersebut.

Tinjauan menerusi ruangan komen video tersebut mendapati ramai mengecam tindakan yang dilakukan oleh pemandu tersebut.

“Selalu geng-geng macam ini, bunyi dia berdesing-desing tetapi sekali kena dia yang tumbang dulu ni. Apa-apa pun banyakkan sabar la uncle nanti polis mai cekup baru tau naya,” kata Mohamad Saliz Ibrahim.

“Saya duduk kawasan sini all those memang pentingkan diri sendiri. Sebenarnya ni jalan sehala kereta tersebut dah salah,” kata Anna Daniel.

“Orang jenis belum bertumbuk dah jerit-jerit ni bukan ada apa-apa pun. Dia yang rilek2 diam, senyum je tu yang perlu dirisaukan,” ujar Firdaus.

Perkongsian video tersebut tular di media ssial apabila berjaya mendapat 1 juta tontonan dan 6.5 ribu tanda suka. – KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: