"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bayi dibuang dalam beg kertas di hentian bas, suspek ditahan di hospital

Zuhainy Zulkiffli
bhnews@bh.com.my
Seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir, ditemui dalam beg kertas di atas tempat duduk sebuah perhentian bas di Jalan Perak, Pulau Tikus, hari ini. - Foto tular
Seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir, ditemui dalam beg kertas di atas tempat duduk sebuah perhentian bas di Jalan Perak, Pulau Tikus, hari ini. - Foto tular
GEORGETOWN: Seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir, dijumpai orang awam di atas tempat duduk sebuah perhentian bas di Jalan Perak, Pulau Tikus, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bayi itu pada jam 10.14 pagi tadi.

"Bayi itu diletakkan dalam sebuah beg kertas dan ditinggalkan di perhentian bas berkenaan.

"Hasil siasatan mendapati bayi itu disyaki ditinggalkan ibunya di tempat kejadian pada jam 8.03 pagi," katanya dalam satu media, hari ini.

Susulan itu, Abdul Rozak berkata, polis memberkas seorang wanita warga tempatan berusia 20 tahun dipercayai ibu kandung bayi terbabit.

Beliau berkata, suspek ditahan kira-kira jam 2.20 petang di sebuah hospital swasta, di sini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Susulan penahanan suspek, kes ini berjaya diselesaikan.

"Polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin memberikan kerjasama dan bantuan dalam siasatan kes ini," katanya.

Tiada ulasan: