"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mejar Mohd Zainudin yang dilaporkan hilang dijumpai di masjid

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
MOHD Zainudin Ishak.
MOHD Zainudin Ishak.
Kuala Lumpur: Pegawai kanan tentera yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu ditemukan selamat di sebuah masjid di Karak, Pahang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail ketika dihubungi mengesahkan penemuan individu berkenaan.

"Individu yang dilaporkan hilang ditemukan selamat di Masjid di Karak, Pahang. Maklumat lanjut akan menyusul," katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan pegawai kanan tentera selepas didapati tidak hadir bertugas di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur.

Mejar Mohd Zainudin Ishak yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya pada malam Ahad lalu dan menerima laporan polis pada malam Isnin lalu.

Tiada ulasan: