"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita nekad tumbuk muka buaya untuk selamatkan anak anjing

Agensi
WRIGHT bersama anak anjing berusia empat bulan bernama Dax yang nyaris dibaham buaya. FOTO Agensi.
WRIGHT bersama anak anjing berusia empat bulan bernama Dax yang nyaris dibaham buaya. FOTO Agensi.
Florida: Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat (AS), nekad menumbuk muka seekor buaya bagi menyelamatkan anjing peliharaannya.

Memetik UPI, penduduk Land O' Lakes, Danie Wright berkata, dia bersama anjingnya berusia empat bulan bernama Dax, sedang berjalan di tepi anak sungai di belakang rumah ketika buaya sepanjang 1.5 meter menyerang.

"Saya berpaling dan melihat buaya sudah menggigitnya. Gigi depan buaya itu menembusi kolar anjing saya," kata Wright kepada The New York Times.

Katanya, buaya berkenaan mula menarik Dax ke dalam air menyebabkan Wright nekad melawan.

"Saya terus menumbuk dan memukulnya, saya tumbuk matanya berkali-kali sehingga dia melepaskan sedikit, lalu saya menarik anjing saya, tetapi giginya sempat melukakan lengan saya," katanya.

Wright berjaya mengalahkan buaya itu dan membawa Dax lari ke dalam rumah.

Dia juga sempat merakam video buaya berkenaan yang masih kelihatan di belakang rumahnya selepas serangan itu.

Wright berkata, dia menasihatkan pemilik haiwan peliharaan lain supaya lebih berhati-hati di kawasan yang berpotensi menjadi tempat buaya bersembunyi.

"Berhati-hatilah dengan anjing anda, buaya ini bukan perkara main-main.

"Dalam jarak 4.5 meter saja dia sudah meluru ke arah anjing dan saya langsung tidak perasan kehadirannya," katanya.

Buaya berkenaan kemudian ditangkap oleh penangkap dari Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida.
-Hmetro 

Tiada ulasan: