Zahratulhayat Mat Arif
zahratulhayat@nst.com.my
Gerik: Polis membuka siasatan susulan penemuan mayat bayi dipercayai perempuan di tebing Sungai Air Kala, Selat Pagar, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Samad Othman berkata, polis menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 2.15 petang.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dikerahkan ke tempat kejadian, di mana mereka menemui mayat bayi itu.
"Jantina dan etnik masih belum dapat ditentukan. Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit, yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang melanggar undang-undang, sambil menegaskan polis memandang serius kes seumpama itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan