"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Masalah mercun, Malaysia patut belajar apa yang terjadi di India

Udara di ibu negara India bertukar toksik, berjerebu akibat mercun

BERNAMA
KENDERAAN bergerak di jalan raya yang diselubungi jerebu di New Delhi, India, hari ini, sehari selepas sambutan perayaan Deepavali. FOTO Bhawika Chhabra / Reuters
KENDERAAN bergerak di jalan raya yang diselubungi jerebu di New Delhi, India, hari ini, sehari selepas sambutan perayaan Deepavali. FOTO Bhawika Chhabra / Reuters
New Delhi: Kualiti udara di ibu negara India dan beberapa bandar lain merosot selepas berjuta-juta penduduk meraikan perayaan Diwali (Deepavali) dengan membakar mercun.

Jerebu toksik menyelubungi New Delhi dan kawasan-kawasan sekitar ibu negara itu selepas kemeriahan sambutan pada Isnin malam.

Indeks kualiti udara (AQI) Delhi, yang mengukur jirim zarahan halus berukuran 2.5 mikrometer atau kurang diameter (PM2.5), mencecah paras 360 pada pagi Selasa - tahap yang dianggap berbahaya kepada kesihatan sistem pernafasan.

Ibu negara India itu, yang sekian lama bergelut dengan masalah pencemaran udara kronik, mengalami peningkatan mendadak tahap PM2.5 setiap kali sambutan Diwali akibat penggunaan mercun secara meluas.

Pencemaran udara meningkat berkali ganda antara petang dan malam Isnin, manakala jerebu kelabu menjejaskan jarak penglihatan pada Selasa.

Beberapa insiden kebakaran yang dikaitkan dengan penggunaan mercun turut dilaporkan di seluruh India.

Tiada ulasan: