Meor Riduwan Meor Ahmad

Suspek lelaki (depan) disyaki libas remaja wanita dengan senjata tajam direman seminggu bagi membantu siasatan. Foto NSTP.
MELAKA: Lelaki yang disyaki mencederakan seorang gadis operator kilang di Jalan Tangga Batu berhadapan Taman Tangga Batu Seksyen 1, Tanjung Kling, semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman bermula hari ini hingga 27 Oktober depan, selepas permohonan dikemukakan oleh pegawai penyiasat bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira jam 9 pagi sebelum prosiding reman dijalankan di Mahkamah Majistret 2.
Suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian pada jam 10.30 malam tadi.
Difahamkan, polis turut merampas beberapa barangan daripada suspek termasuk sebuah motosikal dan pakaian yang dipakainya ketika kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan