"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas maut, pikap dipandu jatuh gaung

Poliana Ronnie Sidom
am@hmetro.com.my
KENDERAAN dipandu warga emas yang terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 75, Jalan Beluran-Telupid.  FOTO Ihsan Pembaca
KENDERAAN dipandu warga emas yang terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 75, Jalan Beluran-Telupid. FOTO Ihsan Pembaca
Beluran: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas pikap dipandunya terjatuh ke gaung di Kilometer 75, Jalan Beluran-Telupid, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa yang berusia 80 tahun ditemui oleh pekerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang melalui jalan itu dalam kejadian jam 10 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang memandu pacuan empat roda itu dipercayai terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam sembilan meter.

"Mangsa ditemui tersepit dalam kenderaannya oleh pekerja pembinaan lebuh raya. Kita percaya mangsa sudah meninggal dunia lebih daripada 24 jam.

"Kita meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian itu agar tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan: