"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kantoi!! Penghulu berkhalwat dalam kereta

KOSMO
Tangkap layar video menunjukkan penghulu itu melakukan hubungan intim dengan seorang wanita cantik di dalam kereta. - Tangselpos
JAKARTA – Seorang penghulu di Pandeglang, wilayah Banten mengundang perhatian ramai apabila dirakam berkhalwat dengan seorang wanita berambut panjang di dalam kereta, lapor portal berita Tangselpos. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kabar.madura96 menunjukkan pasangan itu melakukan hubungan intim di tempat duduk hadapan  sambil memakai baju berwarna putih.

Masih belum jelas lokasi dan waktu video itu dirakam. 

Ketua Badan Pemerkasaan Masyarakat dan Pemerintahan Desa (DPMPD) Pandeglang, Muslim Taufik berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung perbuatan tidak senonoh itu. 

“Kami akan menyiasat. Apa pun keputusannya, kami akan mengikut prosedur dan peraturan. 

“Sekiranya dakwaan itu benar, tindakan tegas akan diambil. Jika penghulu itu terbukti bersalah, sudah tentu ada hukuman yang sesuai berdasarkan undang-undang,” kata Muslim. – AGENSI

Tiada ulasan: