"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bapa saudara mengaku tidak bersalah atas tuduhan rogol dan persetubuhan luar tabii terhadap anak saudaranya

Alias Abd Rani

MUAR: Seorang pekerja kebun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan amang seksual fizikal, merogol dan persetubuhan luar tabii terhadap anak saudaranya ketika berusia 16 tahun, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 27 tahun hanya mengaku bagi pertuduhan amang seksual fizikal, manakala dua lagi mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Mengikut semua pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Tangkak, pada jam 6.30 pagi, 25 Julai 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksyen Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Hukuman bagi setiap pertuduhan ialah penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh membayarnya.

Selain itu, mahkamah juga menetapkan 28 Oktober ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.

Tiada ulasan: