K PRAGALATH
Kumpulan penyokong Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Pas sebagai satu pilihan sekiranya kepincangan kepimpinan Bersatu tidak selesai, dedah Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
“Boleh (sertai PAS). ‘Unequivocal’ dengan cadangan tersebut, maksudnya ia sebagai ‘option’,” katanya dalam episod The Zaid Ibrahim Podcast.
Beliau yang sebelum ini juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi berpendirian bahawa ahli Bersatu perlu melakukan pembetulan semula secara kolektif.
Beliau turut mendakwa penggantungannya adalah kerana kritikan terbukanya terhadap pemilihan parti yang ‘terlalu kotor’ dan banyak ‘silap mata’.
“Saya digantung sebab saya bantah perjalanan pemilihan. Saya menegur secara beradab beberapa perkara di media (sosial) dengan mengajukan soalan, apabila dibuat satu (program) jelajah Bersatu, tak jemput timbalan presiden … yang pergi setiausaha agung dan naib-naib presiden.
“Tidak ada pemakluman dalam mesyuarat MPT tentang program parti yang bersifat nasional,” katanya.
Wan Ahmad Fayshal turut mendakwa bahawa usul menamakan presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai calon perdana Menteri tidak dipersetujui oleh majoriti ketua bahagian.
“Dalam keadaan Bersatu paling lemah … Bersatu amat bergantung ihsan PAS di kawasan masing-masing. Jadi kita perlu menghormati dan memahami sensitiviti PAS,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan